Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Dimasyhurkan Sebagai Canselor Baharu Universiti Kuala Lumpur

by Oh! Semput


6
SHARES
81
VIEWS
Posted on 22 Nov 2026 06:30:28

KUALA LUMPUR: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah hari ini dimasyhurkan sebagai Canselor baharu Universiti Kuala Lumpur (UniKL), menggantikan ayahanda baginda, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pemasyhuran itu disempurnakan oleh Pro-Canselor UniKL, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Konvokesyen UniKL Ke-23 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Sultan Pahang menyandang jawatan Canselor UniKL sejak 4 September 2004.

Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, pemasyhuran Tengku Hassanal meneruskan naungan diraja Pahang terhadap universiti itu.

“Daripada ayahanda kepada putera, naungan Diraja Pahang terhadap UniKL terus berkesinambungan,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Beliau turut menyatakan keyakinan UniKL akan terus berkembang sebagai peneraju pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional tinggi (TVET) negara di bawah naungan Tengku Hassanal.

Pada majlis sama, Al-Sultan Abdullah turut dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan dan menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai canselor diraja paling lama berkhidmat di institusi pendidikan tinggi swasta.

Konvokesyen kali ini meraikan 8,147 graduan, termasuk 125 graduan antarabangsa dari 39 negara.

UniKL turut meraikan graduan ke-100,000 sejak penubuhannya pada 2002. #MalaysiaGazette

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts