by Oh! Semput

ISLAMABAD: Dua anggota tentera Pakistan terbunuh dan 14 lagi cedera dalam satu serangan nekad di daerah bergolak dekat sempadan Afghan, menurut pihak tentera.
Sekurang-kurangnya empat pengebom nekad cuba mencerobohi kem Ghalani dekat wilayah dikuasai puak Mohmand dan menyerang sebuah masjid berhampiran kawasan perumahan ketika sekumpulan askar sedang solat Subuh.
“Penyerang yang memakai jaket bom itu melepaskan tembakan dan cuba menyerbu masuk ke dalam masjid,” menurut pihak tentera dalam satu kenyataan.
“Pasukan keselamatan berjaya mengepung penyerang, namun dua daripada mereka meletupkan diri mereka, manakala dua lagi ditembak mati.”
Insiden terbaharu itu berlaku sebulan selepas serangan militan di sebuah akademi polis di pinggir bandar Quetta di barat daya Pakistan pada 25 Oktober lalu yang membunuh 58 orang, kebanyakannya anggota kadet. – AFP
Category: Dunia