17 terbunuh, banduan cuba lari penjara

by Oh! Semput


9
SHARES
113
VIEWS
Posted on 15 May 2017 08:27:59

SYDNEY: Pegawai penjara di Papua New Guinea menembak mati 17 banduan yang cuba melarikan diri beramai-ramai dari penjara, lapor media tempatan hari ini.

Ia sekali gus mendorong siasatan dilakukan ke atas penjara yang penuh sesak di negara itu.

Seramai 50 banduan masih lolos dari penjara Buimo di bandar Lae, di utara Papua New Guinea, kata polis di laman Facebook rasmi.

Polis dengan itu memberi amaran kepada orang ramai untuk berwaspada dengan jenayah rampasan kereta dan rompakan bersenjata yang mungkin meningkat.

Media tempatan melaporkan lebih 70 banduan cuba melarikan diri dari penjara Buimo, hampir 320 kilometer ke utara ibu negara Port Moresby, Jumaat lalu.

The Post Courier dan akhbar The National melaporkan seramai 17 tahanan ditembak mati, tiga ditangkap manakala 57 lagi masih bebas.

Ia adalah insiden ketiga banduan lari dari penjara Buimo dalam tempoh tiga tahun. - Reuters

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts