BN Terengganu buka semula pawagam selepas 22 tahun ditutup

by Oh! Semput


9
SHARES
112
VIEWS
Posted on 12 Feb 2017 04:00:59



KUALA TERENGGANU, 13 Jamadilawal 1438H, Jumaat – Kerajaan negeri Terengganu di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) kini membuka semula panggung wayang di sini selepas 22 tahun ia ditutup.

Dilaporkan, ibu negeri itu akan mempunyai pawagam ultra-moden pertama dijangka pada penghujung bulan ini yang beroperasi di tengah pusat bandar raya itu, kompleks Paya Bunga Sentral.

Kewujudan semula pawagam itu adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan BN, di bawah pentadbiran yang diterajui oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, bersempena ‘Visit Terengganu Beautiful 2017’.

Sejak 1995, kerajaan negeri di bawah pemerintahan PAS mengarahkan pawagam di negeri itu ditutup selepas memenangi pilihan raya umum.

Memetik laporan portal New Straits Times, pawagam yang dilengkapi dengan sistem Dolby Surround Sound itu dikendalikan oleh syarikat Lotus Cinemas Five-Star (M) Sdn Bhd, yang mempunyai lebih 25 buah cawangan di seluruh negara.

sebagai berkata, Pawagam LFS di Paya Bunga Sentral itu akan ditempatkan di lima aras bangunan berkenaan dan boleh menampung hampir 1,700 pengunjung.

“Kita menjangkan sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang teruja menanti pawagam di bandar itu.

“Ia juga akan dilengkapi dengan surau untuk menampung pengunjung beragama Islam yang ingin solat,” katanya.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts