by Oh! Semput
Pelakon Azar Azmi akhirnya menemui kekuatan untuk tampil berkongsi kisah pahit yang terpaksa dilaluinya termasuk pengalaman hitam apabila ditahan pihak polis.

Menerusi perkongsian di Instagram, Azar atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi, 35, mengakui masih ada pihak yang mempertikaikan kebebasannya dan tidak berpuas hati dengan situasi tersebut.
Mengimbau semula detik ketika berada dalam tahanan, pelakon drama Nur itu mengakui pengalaman tersebut langsung tidak pernah terlintas di fikiran akan terjadi kepadanya.
Dalam keadaan itu, dia hanya mampu berdoa agar anak-anaknya sentiasa dilindungi kerana tidak mampu berbuat apa-apa dari dalam tahanan.

Berkongsi mengenai kehidupan rumah tangga pula, Azar secara jujur mengakui timbul rasa cemburu melihat kebahagiaan pasangan lain kerana dia sendiri mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia hingga ke akhir hayat.

Artikel lain: Azar Azmi dibebaskan, jadi saksi pendakwaan – “Mohon maaf, beri ruang kepada saya”
Terdahulu, Azar bersama suaminya, Mohd. Apri Hazreen pernah ditahan atas dakwaan menipu dua individu berkaitan urusan mendapatkan darjah kebesaran ‘Datuk’ serta tanah kurniaan, melibatkan jumlah kerugian sebanyak RM293,931 pada tahun lalu.
Bagaimanapun, Azar kemudiannya dibebaskan oleh pihak polis dan kini menjadi saksi pendakwaan bagi kedua-dua kes berkenaan.
: Instagram meloditv3