by Oh! Semput
Tindakan seorang lelaki tempatan berbangsa Cina menegur seorang individu yang dipercayai warga China kerana didakwa makan daging khinzir serta membawa anjing di kawasan Rehat dan Rawat (RNR) Simpang Pulai arah selatan menerima pujian ramai di media sosial.
Menerusi perkongsian yang tular, lelaki berkenaan dilihat tampil menegur individu itu secara baik dengan mengingatkan bahawa RNR merupakan kawasan awam yang dikunjungi masyarakat pelbagai kaum dan agama.
Menurutnya, adalah tidak wajar menikmati makanan tidak halal serta membawa anjing ke kawasan tempat makan di RNR yang majoritinya menjual makanan halal dan menjadi lokasi persinggahan orang ramai.
Difahamkan, ketika kejadian terdapat beberapa individu Melayu beragama Islam berada berhampiran lokasi, namun mereka memilih untuk tidak menegur bagi mengelakkan sebarang ketegangan.

Susulan itu, lelaki tempatan tersebut mengambil inisiatif sendiri untuk bercakap dengan individu berkenaan, sekali gus disifatkan netizen sebagai tindakan yang mencerminkan sikap bertanggungjawab dalam menjaga keharmonian masyarakat.
Di ruangan komen, ramai meluahkan rasa bangga dan berterima kasih atas keberanian lelaki itu.
“Terima kasih orang Malaysia,” tulis seorang netizen.
Seorang lagi berkata:
“Inilah Malaysia! Mereka yang berbeza agama yang menghormati Islam, faham betapa pentingnya jaga keharmonian dan sanggup tampil bersuara untuk tegur mereka yang tak menghormati. Saya tabik hormat pada lelaki ini atas tindakannya menegur orang tu secara terbuka. Terima kasih tuan.”
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
“Terima Kasih ‘Vin Diesel’ Malaysia” – Lelaki Bangsa Cina Tempatan Dipuji Berani Tegur Individu Makan Daging Khinzir & Bawa Anjing Di RNR Simpang Pulai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.