“Terima Kasih Reporter Mulut Hansuang” – Janna Nick Give Up Nak TTC Gara-Gara Dikutuk Gemuk, ‘Founder’ Produk Tawar Bantuan Guaman

by Oh! Semput


4
SHARES
47
VIEWS
Posted on 12 Nov 2026 10:00:57

Pelakon dan pengacara, Janna Nick mengumumkan keputusan untuk menghentikan perjalanan TTC (Trying To Conceive) selepas berdepan pelbagai komen mengenai perubahan bentuk badannya.

Menerusi perkongsian di Threads, Janna berkata dia kini mahu memberi tumpuan kepada usaha menurunkan berat badan selepas mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perjalanan TTC buat masa ini.

Advertisement

Janna turut menyindir sebuah portal hiburan yang sebelum ini membuat laporan mengenai perubahan fizikalnya sehingga mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

ENica

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai dan menerima puluhan ribu tanda suka di Threads.

Enica Foong Tawar Bantuan Guaman Kepada Janna

Dalam perkembangan sama, pengasas Masha Group, Enica Foong tampil memberikan sokongan kepada Janna menerusi akaun Threads miliknya.

Enica menawarkan untuk membantu membiayai khidmat peguam sekiranya Janna mahu mengambil tindakan terhadap pihak media yang didakwa mengulas mengenai bentuk badannya.

d

“I nak bayar lawyer untuk u.”

Dalam satu lagi respons, Enica secara terbuka menyatakan kesediaannya untuk membantu Janna mendapatkan peguam bagi mengambil tindakan terhadap portal berkenaan.

“@jannanick i nak bayarkan lawyer power untuk saman media hitambesi. Itu orang tak ada otak.”

Tawaran tersebut dibuat susulan kenyataan Janna mengenai kesannya terhadap perjalanan TTC serta keputusan untuk memberi tumpuan kepada usaha menurunkan berat badan.

Janna Pernah Dedah Kesan Rawatan Hormon Terhadap Tubuh

Sebelum ini, Janna pernah berkongsi bahawa dia mengambil pil hormon sebagai sebahagian daripada usaha untuk mendapatkan zuriat.

Perkara tersebut turut dikaitkan dengan perubahan fizikal yang dialaminya apabila berat badannya meningkat.

Bagaimanapun, perubahan berkenaan kemudiannya menjadi perhatian sesetengah pihak sehingga muncul komen dan laporan berkaitan bentuk badan Janna.

Keadaan itu dipercayai menjadi antara perkara yang memberi tekanan kepada Janna ketika melalui perjalanan TTC.

Fokus Kepada Diri Sendiri Selepas Keputusan Hentikan TTC

Menerusi kenyataan terbaharunya, Janna memberi gambaran bahawa dia kini mahu memberi perhatian kepada kesihatan dan perubahan fizikalnya.

Pada masa sama, dia turut meluahkan rasa kecewa terhadap pihak yang berterusan mengulas mengenai bentuk badannya.

Perkongsian itu kemudian mencetuskan pelbagai reaksi warganet, termasuk mereka yang menyokong keputusan Janna serta mengecam budaya mengulas tubuh badan seseorang secara terbuka.

Buat masa ini, Janna belum memberikan penjelasan lanjut mengenai sama ada keputusan menghentikan TTC itu bersifat sementara atau muktamad.

Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-11-12 11:39:59

Janna Nick Tertekan Berat Badan Naik Jalani IVF, 'Founder' Tawar Program '90 Days Weight Loss Challenge'

“Terima Kasih Reporter Mulut Hansuang” – Janna Nick Give Up Nak TTC Gara-Gara Dikutuk Gemuk, ‘Founder’ Produk Tawar Bantuan Guaman first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts