by Oh! Semput
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mencuri perhatian selepas memuat naik satu video yang memaparkan Datuk Seri Vida menghidangkan nasi kerabu kepadanya.
Menerusi hantaran di Instagram, Fazley menulis ucapan ringkas dan berahsia buat Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman.
“Thank you S****g,” tulisnya berserta emoji hati.
Menurut Fazley, dia menghargai hidangan nasi kerabu yang disediakan Vida, lengkap dengan pelbagai lauk dan ulam.
“’Sweet’ kan bila Datuk Seri Vida yang hidangkan nasi kerabu untuk saya! Terima kasih banyak-banyak untuk nasi kerabu.”
“Nasi kuning, ayam percik, ulam-ulam, daging bakar, solok lada, sambal nyor, telur masin, sambal cili dan budu tumis. Kemudian gaul dan makan dengan tangan. Pergh!”
“Tapi kan, sebenarnya bertambah sedap sebab ada yang hidangkan terus ke pinggan satu demi satu,” tulisnya.
Perkongsian itu kemudian mengundang pelbagai reaksi netizen yang mula membuat spekulasi mengenai hubungan mereka, malah ruangan komen turut dipenuhi doa agar urusan kedua-duanya dipermudahkan.
Dalam satu balasan kepada netizen yang menyifatkan cara Vida menghidang agak ganas, Fazley menjelaskan bahawa usahawan itu mungkin masih sedang menyesuaikan diri.
“Tak apalah. Dia sedang sesuaikan diri semula. Saya okey saja. Bukan ganas itu yang jadi kayu pengukur, tapi niat dan usaha dia. Kesian dia. Dia gugup sangat,” tulisnya.
Untuk rekod, Fazley dan Vida mula dijodohkan netizen selepas kedua-duanya menyertai program realiti Talk To My Manager musim kedua bersama anak masing-masing.
Terdahulu, anak Vida, Cik B turut dilihat memberi lampu hijau sekiranya ibunya berjodohan dengan Fazley.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
“Terima Kasih S****g” – Buat Ucapan ‘Manis’, Netizen Doakan Datuk Fazley Berjodohan Dengan DS Vida first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.