Teka-teki terjawab! Jep akui tak dijemput hadir ke majlis kahwin Shuib

by Oh! Semput


26
SHARES
341
VIEWS
Posted on 01 Jul 2023 07:00:49

Ketiadaan pelawak yang juga penyampai radio, Jep Sepahtu ketika majlis perkahwinan sahabat baiknya, Shuib bersama pasangan, Watie Hanifiah pada 23 Jun lalu menarik perhatian ramai sehingga mencetuskan tanda tanya.

Kini, teka-teki ketidakhadiran Jep  ketika majlis perkahwinan Shuib akhirnya terjawab setelah seminggu membiarkan peminat menyelesaikan ‘puzzle’ yang hilang dalam satu sesi siaran langsung santai di kampung halaman menerusi aplikasi TikTok.

alt

Jep atau nama sebenarnya Muhd Nadzri Zainal Abidin menjelaskan perkara tersebut setelah disoal oleh pengikutnya di TikTok berkali-kali mahukan jawapan sebenar.

“Jep kenapa tak pergi kenduri kahwin Shuib?”tanya salah seorang pengikut.

Tanpa berselindung atau menggunakan kata-kata kiasan, pelawak berusia 38 tahun itu menjawab dan mendedahkan dirinya tidak menerima jemputan daripada Shuib.

“Oh, saya tak dijemput,”ujarnya.
@ichanurintashah

Jep live ptg smlm part 1 of 3. Like dan komen ye gaiss. #jeptapan #jepsepahtu #fyp #fypシ゚viral #foryoupage #masukberandafypシ #masukberanda #masukberandafyp #masukberandamu #viral #tiktokmy #tiktokmalaysia #tiktoksg #pelawakmalaysia

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts