by Oh! Semput
Seorang bekas menteri direman selama lima hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu yang dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH).
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Ezrene Zakaria selepas membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret, hari ini.

Lelaki berusia lingkungan 60-an itu sebelum ini ditahan kira-kira jam 4.30 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM.
Menurut laporan, beliau ditahan bagi membantu siasatan berhubung isu pajakan hotel di Arab Saudi.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009, berkaitan kesalahan meminta atau menerima suapan sebagai dorongan atau ganjaran dalam sesuatu urusan.
Jika disabitkan kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, di bawah Seksyen 24 akta sama.
Terdahulu, suspek tiba di mahkamah kira-kira jam 10.25 pagi dengan menaiki kenderaan SPRM. – BERITA HARIAN
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
(TERKINI) Bekas Menteri Agama Direman Lima Hari Susulan Pendedahan RCI Tabung Haji first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.