by Oh! Semput
Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) secara rasmi memperoleh majoriti dua pertiga selepas memenangi 24 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.
Perkara itu pada awalnya diumumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di Pusat Operasi BN di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, kira-kira 8.30 malam tadi secara tidak rasmi.
Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN-PN menang di kerusi DUN Rembia, Taboh Naning, Sungai Udang, Tanjung Bidara, Lendu, Ayer Limau, Kuala Linggi, Duyong, Sungai Rambai, Rim, Asahan, Bukit Katil, Telok Mas, Gadek dan Machap Jaya.
BN-PN turut secara tidak rasmi memenangi kerusi DUN Bemban, Kelebang, Paya Rumput dan Ayer Molek.
Sekitar jam 9 tadi, Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Zahid Hamidi mengumumkan kemenangan mudah pakatan BN dan Perikatan di Melaka dengan majoriti mudah 24 kerusi daripada 28 kerusi yang dipertandingkan.

Sementara itu, Pakatan Harapan (PH) pula mendahului di empat kerusi DUN setakat 8.20 malam.
Empat kerusi berkenaan ialah Ayer Keroh, Kesidang, Bandar Hilir dan Kota Laksamana.
Dengan kemenangan 24 daripada keseluruhan 28 kerusi DUN, BN-PN secara rasmi telah memperoleh majoriti dua pertiga yang diperlukan untuk mentadbir kerajaan negeri Melaka.
Perkembangan keputusan PRN Melaka terus menjadi tumpuan susulan persaingan antara BN-PN dan PH pada pilihan raya negeri kali ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
(TERKINI) PRN Melaka : BN – PN Menang Majoriti Mudah, Bentuk Kerajaan Negeri Dengan 24 Daripada 28 Kerusi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.