Ramai yang berasa seram sejuk apabila memikirkan seekor tarantula, tetapi seorang wanita di Indonesia terlalu sukakan tarantula. Ming Cu, 28 tahun, telah mengumpul tarantula sejak 2010, dan kini dia memiliki 1,500 ekor tarantula yang tinggal di rumahnya.
Minat Ming Cu terhadap tarantula bermula sejak 7 tahun yang lalu, apabila dia melihat seekor tarantula berwarna yang cantik di laman rumahnya di Bandar Bandung, Indonesia. Dia hanya mengambil beberapa keping gambar tarantula tersebut, tetapi semakin lama dia melihat gambar tersebut, dia berasa semakin teruja dengan haiwan berkaki lapan itu. Kemudian, dia mula mencari haiwan tersebut secara online. Dia mula membeli, seekor demi seekor dan dia mula 'tersangkut' dengannya. Sejak tujuh tahun yang lalu, dia telah menghabiskan sebanyak $55,000 (RM238,510) ke atas tarantula, dan kini 1,500 ekor tarantula tinggal di bilik khas di rumahnya.
Apabila dia meluahkan hasratnya ingin membela tarantula, ibu bapanya terkejut kerana menyangkakan mereka adalah berbahaya. Ming Cu kemudian membeli beberapa buku tentang tarantula dan belajar cara membesarkan dan menjaga mereka, termasuklah cara melindungi dirinya dan memastikan mereka tidak keluar daripada tempat kurungan. Ibu bapanya mengalah apabila melihat kesungguhannya terhadap labah-labah dan membenarkannya untuk membela labah-labah tersebut di dalam rumah.
Ming Cu menyimpan haiwan peliharaannya yang berbulu di dalam balang yang memenuhi ruang bilik tersebut. Koleksinya termasuklah semua jenis spesies tarantula yang berasal dari Indonesia dan sebahagiannya diimport dari seluruh dunia. Tetapi, dia berharap dapat memiliki dua jenis labah-labah yang sukar didapati - Trigmopoeus psychedelicus, dari India, dan Harpactira pulchripes, dari Afrika.
Seperti yang anda bayangkan, menjaga 1,500 tarantula adalah satu pekerjaan sepenuh masa. Ming Cu memberitahu media Indonesia bahawa dia menghabiskan masa selama 10 jam setiap hari untuk memberikan makanan kepada mereka, memastikan mereka mempunyai air yang mencukupi, dan memeriksa jika mereka dalam keadaan sihat. Dia sangat beruntung kerana dapat menjadikan minatnya sebagai bisnes, maka dia tidak perlu melakukan semua itu ketika masa lapang.
Belajar untuk menjaga tarantula adalah satu tugas yang agak mencabar pada permulaannya, dan Ming sentiasa perlu membeli tarantula jantan yang baru kerana tarantula betina akan membunuh dan memakannya. Selepas berjaya mengawal keadaan tersebut, dia dapat menghasilkan spesimen baru untuk dijual kepada peminat tarantula yang lain. Dia tidak menjual mana-mana spesimen daripada koleksi peribadinya.
Ming Cu mula menjual tarantula pada tahun 2012. Pada mulanya, dia hanya berurusan dengan pelanggan tempatan tetapi selepas dia mula mengiklankan secara atas talian, dia mula menerima tempahan dari luar negara dan kini memiliki pelanggan dari pelbagai negara seperti UK, Sweden, Jerman, dan Poland. Jika anda berminat, anda boleh melayari website spiderloverpetshop.com.
Dalam tempoh 7 tahun bersama haiwan peliharaannya, dia hanya pernah digigit sebanyak 14 kali. Sesetengah dari itu adalah serius, bergantung pada spesies tarantula yang menggigit. Spesimen yang paling kurang berbisa hanya memerlukan sedikit ais untuk mengurangkan bengkak manakala tarantula yang sangat berbisa pula menyebabkannya terpaksa ke hospital, demam, dan tidak dapat tidur malam.
Namun begitu, Ming Cu tidak pernah berputus asa dari minatnya. "Anda hanya perlu berhati-hati," katanya. "Tetapi tarantula tidak perlu ditakuti, mereka kurang berbahaya berbanding ular."
Dalam komuniti peminat tarantula, Ming Cu dikenali sebagai "Permaisuri Tarantula", satu gelaran yang membuatkan dirinya bangga.
KUANTAN: Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Datuk Ahmad Farhan Fauzi dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang yang baharu menerusi pemilihan jawatankuasa baharu gabungan itu.Ahmad Farhan akan dibantu A
KUANTAN: Projek Kuantan Skytrain yang pernah diuar-uarkan sebagai pemangkin pembangunan bandar Kuantan, disifatkan sebagai sekadar janji politik bermusim dan bukannya perancangan pembangunan yang benar-benar serius.Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pahang
Rockstar Games secara rasmi mengumumkan bahawa sesi pra-tempahan bagi permainan video paling dinantikan dekad ini, Grand Theft Auto VI (GTA 6), bakal dibuka bermula jam 12 tengah malam ini (25 Jun 2026) mengikut waktu tempatan di seluruh dunia.Seiring de
Menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT):Kesejahteraan pengamal media yang sentiasa berdepan jadual kerja padat dan tekanan tugasan menjadi fokus utama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2
Menurut Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP):Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia memandang serius kejadian kemalangan maut yang melibatkan seorang pelajar pelatih, Muhammad Adam Danish bin Mohd Anuar, be
Peraturan global pertama bagi kenderaan autonomi sepenuhnya telah diluluskan pada hari Rabu, menurut sebuah agensi PBB.Langkah ini menetapkan syarat keselamatan antarabangsa yang seragam, sekali gus membuka jalan kepada peluncuran kereta pandu sendiri se
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menafikan dakwaan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang mendakwa beliau pernah memaklumkan bahawa pihak Istana mengarahkan pembubaran Dewan Negeri Johor (DUN).Tuduhan tak benarMenurut Onn Hafiz da
Kandungan yang dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI) kini semakin banyak memenuhi media sosial. Selain hiburan dan gaya hidup, AI juga mula digunakan untuk menghasilkan video berbentuk ceramah dan perkongsian ilmu agama.Namun, kecanggihan teknolo
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa keputusan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi meninggalkan UMNO bukan berpunca daripada dakwaan campur tangan Istana dalam urusan parti, sebaliknya berkait dengan isu pemilihan calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit.H
Dengan pra-tempahan bagi “Grand Theft Auto VI” yang mula dibuka pada hari Khamis, berikut adalah beberapa angka penting daripada sejarah tiga dekad siri permainan video yang sering mencetuskan kontroversi ini.470 jutaIni ialah jumlah unit pe