Teroka Potensi Pembangunan Hab Pusat Data Bersepadu Di Kawasan Perindustrian Tanjung Agas (KPTA), Perluas Pelaburan Digital Pahang

by Oh! Semput


2
SHARES
28
VIEWS
Posted on 12 Oct 2026 20:00:31

KUANTAN: Kerajaan Pahang sedang meneroka potensi pembangunan hab pusat data bersepadu di Kawasan Perindustrian Tanjung Agas (KPTA), Pekan, sebagai sebahagian usaha memperluas pelaburan dalam sektor ekonomi digital dan industri berteknologi tinggi.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, inisiatif itu akan diteroka menerusi kerjasama strategik antara Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dengan TGA Solutions Sdn. Bhd. (TGAS).

Menurut beliau, kerjasama berkenaan bukan sahaja bertujuan menarik pelaburan baharu ke Tanjung Agas, malah berpotensi membangunkan ekosistem ekonomi digital melibatkan telekomunikasi, tenaga, pengkomputeran awan, kecerdasan buatan (AI) serta perkhidmatan kejuruteraan.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran Facebook selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara ECERDC dan TGAS di Kuala Lumpur, pagi Isnin.

Wan Rosdy berkata, kerjasama strategik itu turut merangkumi usaha promosi bersama, pengenalpastian pelabur dan rakan strategik serta pemudahcaraan projek berpotensi bagi memperkukuh kedudukan Pahang sebagai destinasi pelaburan.

Katanya, tumpuan turut diberikan kepada sektor perkhidmatan dan pembuatan berimpak tinggi yang mampu merancakkan pertumbuhan industri sokongan serta memperluas rantaian nilai tempatan.

Penerokaan sektor ekonomi digital di Tanjung Agas juga dilihat berpotensi membuka lembaran baharu pembangunan perindustrian Pahang, khususnya dalam menarik aktiviti ekonomi bernilai tinggi dan menyediakan peluang pekerjaan berkemahiran kepada rakyat tempatan.

Dalam perkembangan sama, Wan Rosdy turut mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan ECER Negeri Pahang bagi memastikan inisiatif pembangunan wilayah ekonomi berkenaan dapat dilaksanakan secara berkesan.

Beliau menegaskan, Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh kerjasama dengan pelbagai pihak bagi memastikan setiap peluang pelaburan dimanfaatkan untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Kerjasama ECERDC dan TGAS itu merupakan langkah awal penerokaan pelaburan, manakala pembangunan hab pusat data berkenaan masih di peringkat potensi. #JelaiPost

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts