Misi Terpuji Food Flotilla For Myanmar

by Oh! Semput


7
SHARES
94
VIEWS
Posted on 13 Feb 2017 10:00:49

Food Flotilla

MISI Food Flotilla for Myanmar adalah usaha terpuji kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memastikan hak asasi manusia etnik Rohingya di Rakhine akan terus diperjuangkan.

Gerakan membantu etnik Rohingya di Bangladesh dan Myanmar oleh misi berkenaan dengan menggunakan kapal Nautical Aliya boleh disifatkan sebagai satu lambang keprihatinan rakyat negara ini terhadap penderitaan yang dialami oleh etnik tersebut.

Adakah dengan usaha ini, Malaysia mencampuri urusan negara Myanmar?

Tindakan Malaysia itu bukan ingin mencampuri urusan dalaman Myanmar.

Isu Rohingya boleh menjejaskan keselamatan dan kestabilan serantau. Sebagai sebuah negara Islam, Malaysia perlu membangkitkan kebimbangan dan keprihatinan terhadap isu tersebut.

Bermula 3 Februari 2017, misi berkenaan membawa 230 sukarelawan termasuk sekumpulan doktor serta 2,200 tan makanan dan ubat-ubatan.

Sebanyak 60 buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut menyertainya.

Tujuan misi tersebut hanyalah untuk membantu etnik Rohingya yang menderita akibat perbuatan kejam daripada pihak junta tentera Myamnar.

Apa yang terpuji dalam misi berkenaan?

Misi berkenaan disertai oleh individu daripada pelbagai latar belakang dan fahaman politik yang bergabung tenaga untuk menjayakannya.

Sebagai umat Islam, menjadi tanggungjawab bersama untuk menangani setiap setiap penindasan terhadap saudara seagamanya.

Umat islam mestilah bersama-sama dan bersatu hati tanpa mengira kecenderungan politik masing-masing.

Kenapa Malaysia dan Perdana Menteri perlu bertegas dalam isu rohingya?

Ketegasan Malaysia telah menarik kembali perhatian masyarakat antarabangsa terhadap usaha pembelaan hak asasi manusia masyarakat Rohingya.

Perhatian daripada masyarakat antarabangsa telah memberi tekanan kepada kerajaan dan pihak tentera di Myanmar untuk mengambil pendekatan yang lebih serius.

Ini terutama dalam beberapa aspek bagi menjamin kebajikan etnik Rohingya iaitu aspek keselamatan, kemanusiaan dan kerakyatan etnik terbabit serta pemulihan ekonomi bagi mereka.

Meskipun Myanmar pada awalnya bersikap defensif dengan pendekatan Malaysia dalam isu ini, namun ketegasan Malaysia serta masyarakat antarabangsa untuk terus memberi perhatian dan tekanan terhadap Myanmar telah berjaya menghasilkan beberapa kejayaan.

Diharap misi Food Flotilla for Myanmar berjalan seperti dijadualkan.

Apa yang paling penting umat Islam perlu sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar segala rancangan untuk membantu etnik Rohingya yang selama ini sudah cukup menderita ini akhirnya berjaya.

Sesungguhnya Allah SWT adalah sebaik-baik perancang. Hanya Dia yang akan menentukan kejayaan misi ini.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts