iOS 26.5 Kini Tersedia – Mesej RCS E2EE, Pilihan Langganan Baharu, Lebih 50 Tampalan Keselamatan

by Oh! Semput


7
SHARES
91
VIEWS
Posted on 12 May 2026 04:00:20

Apple hari ini mengeluarkan iOS 26.5 dan iPadOS 26.5 dengan beberapa penambahbaikan, termasuk sokongan pemesejan RCS (beta) disulitkan (encrypted) hujung ke hujung, pilihan langganan baharu di App Store, pembetulan pepijat serta lebih 50 tampalan keselamatan.

Bermula hari ini, sokongan pemesejan RCS dengan penyulitan hujung ke hujung (E2EE) diperkenalkan secara berperingkat dalam versi beta untuk pengguna iPhone yang menjalankan iOS 26.5 dengan perkhidmatan telekomunikasi yang menyokongnya, serta pengguna Android yang menggunakan versi terkini Google Messages.

Dengan ciri ini, mesej yang dihantar melalui RCS menerima tahap perlindungan keselamatan setanding dengan iMessage, menjadikan format pesanan merentasi platform yang menggantikan SMS tradisional lebih selamat dan peribadi. Perbualan yang dilindungi dengan penyulitan hujung ke hujung akan dipaparkan dengan ikon kunci kecil.

Selain itu, iOS 26.5 turut memperkenalkan pilihan langganan baharu di App Store yang membolehkan pengguna membuat bayaran secara bulanan untuk langganan dengan komitmen selama 12 bulan.

Dari segi keselamatan, Apple mengesahkan iOS 26.5 dan iPadOS 26.5 membaiki lebih 50 kelemahan keselamatan, termasuk isu berkaitan WebKit, kernel, Shortcuts, Spotlight dan tangkapan skrin. Walaupun tiada kelemahan yang diketahui telah dieksploitasi secara aktif, pengguna disarankan untuk mengemas kini peranti secepat mungkin.

Bagi peranti lama yang tidak menyokong iOS 26, Apple turut melepaskan iOS 18.7.9, iPadOS 18.7.9, iPadOS 17.7.11, iOS 16.7.16, iPadOS 16.7.16, iOS 15.8.8 dan iPadOS 15.8.8 dengan tampalan keselamatan.

Pengguna boleh memasang kemas kini secara OTA (over-the-air) melalui Settings > General > Software Update > Update Now.

{suggest}

iOS 26.5 Kini Tersedia – Mesej RCS E2EE, Pilihan Langganan Baharu, Lebih 50 Tampalan Keselamatan WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts