by Oh! Semput
Tahniah diucapkan kepada pihak Majlis Keselamatan, Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu (PPB) Jumaat lalu yang telah berjaya meluluskan satu resolusi yang mengecam serta yang mengesa agar Israel menghentikan dengan segera segala aktiviti pembinaan penempatan haramnya ditanah milik Palestin.
Resolusi 2334 berkenaan telah mendapat kelulusan dari 14 buah negara yang menganggotai Majlis Keselamatan berkenaan termasuk Malaysia. Amerika Syarikat pula telah mengambil langkah berkecuali. Seperti yang dijangkakan oleh semua pihak, Israel menentang keras terhadap resolusi berkenaan serta menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak akan mematuhinya.
Bukan setakat itu sahaja, Israel juga sudahpun mengambil langkah apa yang dilihat oleh ramai pihak sebagai langkah membalas dendam terhadap negara – negara yang memberi kelulusan terhadap resolusi berkenaan dengan memanggil balik dutanya di New Zealand dan Senegal serta membatalkan segala bantuan yang diberikan mereka terhadap Senegal.
Reaksi Israel terhadap resolusi yang diluluskan ini tidak mengejutkan ramai pihak kerana pihak PBB sudah mengeluarkan hampir 50 jenis usul terhadap Israel yang membantah segala tindak tanduk kejam Israel terhadap rakyat Palestin semenjak negara Israel ditubuhkan pada tahun 1948. Memandangkan Israel masih kelihatan berkeras untuk tidak mematuhi resolusi terbaru tehadap mereka serta pelbagai resolusi lain yang dibuat terhadap mereka, sudah sampai masanya, masyarakat antarabangsa bersatu untuk mengambil tindakkan yang sewajarnya terhadap Israel.
Pelbagai langkah boleh diambil oleh masyarakat antarabangsa terhadap Israel seperti, memutusakn semua hubungan diplomatik dengannya, mengenakan sekatan ekonomi terhadapnya serta mengusahakan satu langkah drastik bagi menyinkirkan Israel terus dari PBB. Tidak dapat dinafikan, semenjak penubuhan negara Israel pada tahun 1948, pelbagai masalah telah ditimbulkan oleh Israel sendiri yang jelas bertentangan dengan tujuan dan matlamat asal penubuhan Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu (PBB) itu sendiri terutamanya terhadap rakyat Palestin.
Perlu diketahui umum bahawa, di antara matlamat utama penubuhan PBB, sebagaimana yang ditetapkan dalam Perkara 1 Piagam PBB 1945 (United Nations Charter 1945) adalah untuk mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat, menegaskan hak asasi manusia yang utama, menjamin rasa hormat akan undang – undang antarabangsa, serta memperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia. Semua matlamat yang dinyatakan ini jelas tidak dihormati dan dipatuhi oleh Israel. Ini membolehkan mereka disingkir keluar daripada PBB. Perkara 6 Piagam PBB 1945 terbabit turut menyatakan dengan jelas bahawa “Ahli Bangsa – Bangsa Bersatu yang telah berterusan melanggar Prinsip yang terkandung dalam Piagam ini boleh dibuang daripada Pertubuhan Melalui Perhimpunan Agung atas syor Majlis Keselamatan”.
Dengan segala tindakkan keganasan yang telah dilakukan oleh Israel serta sikap mereka yang tidak menghormati masyarakat antarabangsa melalui segala resolusi yang dikeluarkan terhadap mereka, sudah sampai masanya semua negara dunia serta masyarakat antarabangsa bersatu bagi menyokong usaha untuk menyinkirkan Israel dari PBB. Dengan penyinkiran Israel dari PBB, seluruh negara dunia dapat lebih mudah untuk berkerjasama bagi mencari jalan bagi membantu rakyat Palestin.
Walaupun perkara ini sukar dilaksanakan terutamanya tanpa sokongan dari sesetengah negara yang menduduki Majlis Keselamatan PBB yang menjadi proksi serta penyokong kuat negara Israel seperti Amerika Syarikat namun langkah yang diambil ini sekurang – kurangnya dapat memberi isyarat jelas kepada Israel bahawa masyarakat antarabangsa tidak akan hanya duduk diam terhadap segala tindakkan keganasan yang dilakukan oleh mereka terhadap rakyat Palestin serta pada masa usaha yang diambil dapat memberi sokongan moral kepada rakyat Palestin.
Baca lagi: Perkuatkan Peranan OIC, Wujudkan Semula Sistem Khalifah
This article passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at .org/content-only/faq.php#publishers.
Recommended article: The Guardian's Summary of Julian Assange's Interview Went Viral and Was Completely False.