Thailand Haramkan Pelekat Kereta Papar Imej Hantu

by Oh! Semput


6
SHARES
84
VIEWS
Posted on 13 Dec 2016 06:01:04

BANGKOK – Pihak berkuasa Thailand mengharamkan penggunaan pelekat cermin hantu pada kenderaan kerana bimbang ia menakutkan pemandu, lapor Bangkokpost.

Pelekat itu yang dilekat di cermin belakang kenderaan mencetuskan perdebatan di media sosial kerana bimbang ia menakutkan pemandu sekaligus boleh menyebabkan kemalangan.

Imej hantu itu tidak kelihatan pada waktu siang tetapi muncul pada waktu malam apabila disuluh lampu kenderaan belakang.

Pelekat yang amat popular di China itu memaparkan imej zombi dan hantu lain termasuk pontianak bagi mengatasi masalah pemandu yang suka menggunakan lampu tinggi pada waktu malam.

hantu4

Jabatan Pengangkutan Darat Thailand dalam satu kenyataan semalam memberi amaran, pelekat itu berisiko membahayakan pemandu lain.

Walaupun tiada lagi aduan mengenai penggunaan pelekat itu di Thailand, tetapi pihak berkuasa mengambil keputusan untuk mengharamkannya.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Darat Thailand, Sanit Promwong berkata, pemandu yang ditangkap menggunakan pelekat itu boleh didenda sehingga 2,000 baht (RM248).

“Keselamatan jalan raya tidak boleh dikompromi,” katanya dalam kenyataan itu. – MYNEWSHUB.CC

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts