Threads Kini Berusia 3 Tahun – Mempunyai Lebih 500 Juta Pengguna Aktif Bulanan

by Oh! Semput


6
SHARES
74
VIEWS
Posted on 05 Jul 2026 17:03:58

Threads hari ini menyambut ulang tahun ke-3 sejak diperkenalkan kepada umum, dan menjadi antara platform sosial yang berkembang pesat dengan pantas. Selepas dilancarkan pada Julai 2023, Threads hanya mengambil masa sekitar lima hari sebelum ia mencapai angka 100 juta pengguna berdaftar.

Sejak daripada itu, ia telah berkembang dengan aktif dari hari ke hari. Mengikut data terakhir dikongsikan Meta, Threads kini mempunyai lebih 500 juta pengguna aktif setiap bulan. Ini sekaligus meletakkan ia antara platform sosial utama dunia, apatah lagi dengan algoritma mereka yang kini berkongsi baik dalam penemuan pelbagai kandungan, dan membuatkan ramai beralih dari platform seperti X, ke Threads.

Meta sendiri dilihat telah mula memberikan lebih fokus pada platform Threads kebelakangan ini. Sokongan pengiklanan telah pun diaktifkan pada Threads, selain mereka turut memperkenalkan kemaskini pada logo Threads baru-baru ini.

Bersempena dengan ulang-tahun ke-3 hari ini juga, Threads menawarkan gambar “topi” pada setiap gambar pengguna di platform berkenaan apabila melakukan perkongsian di Threads hari ini.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts