by Oh! Semput
“Belum ada apa-apa perancangan setakat hari ini,” katanya ringkas pada persidangan DUN Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Cheka) yang ingin tahu sama ada DUN Pahang akan dibubarkan susulan kenyataan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) memberi bayangan bahawa persidangan kali ini merupakan yang terakhir bagi mereka.
Tuan Ibrahim berkata demikian ketika mencelah perbahasan Belanjawan Pahang 2027 oleh Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif (BN-Inderapura) yang menyatakan persidangan itu merupakan ‘hari-hari akhir’ beliau sebagai wakil rakyat Inderapura selama 22 tahun sejak 2004.
Shafik Fauzan turut menyatakan hasrat untuk tidak bertanding bagi kerusi DUN Inderapura pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang.
Sementara itu, Tuan Ibrahim ketika ditemui pemberita berkata setakat ini belum ada perbincangan rasmi mengenai agenda pemuafakatan bersama Barisan Nasional (BN) Pahang.
“Belum lagi, kita merisik dulu. Pimpinan PAS di setiap negeri telah diarahkan untuk mengadakan pertemuan di semua peringkat bagi meneroka jalan agenda penyatuan ummah,” katanya.
Sebelum ini, BN dilaporkan tidak mahu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya di negeri lain meskipun mencatat momentum positif pada beberapa PRN termasuk di Melaka, baru-baru ini.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bagaimanapun, keputusan berhubung perkara itu diserahkan kepada pemimpin negeri masing-masing untuk menilai kesesuaian mengadakan pilihan raya. #UtusanMalaysia