by Oh! Semput
BEBERAPA keping foto seorang lelaki pertengahan usia bersama sejumlah wang di kedai menjual telefon bimbit tersebar di laman sosial.
Menurut page VideoViral dotcom, foto tersebut dirakam di Indonesia namun lokasi spesifiknya tidak diketahui.
Jelas laman itu, lelaki tersebut merupakan seorang bapa yang mengunjungi sebuah kedai menjual telefon bimbit untuk membeli smartphone buat anak perempuannya.
Tambah laman itu lagi, si anak mengugut bapanya tidak mahu ke sekolah kerana malu dengan kawan-kawannya yang memiliki telefon canggih atau smartphone sedangkan dia tidak.

Si bapa yang hanya membanting tulang bekerja sebagai penjual teh di kaki lima difahamkan sanggup menggunakan kesemua tabungan berjumlah Rp 6 juta (RM1992.85) yang dimiliki semata-mata untuk membeli smartphone untuk anaknya itu supaya tidak keciciran pelajaran.
Tergamak anak perempuannya mementingkan diri demi kepuasan ‘nafsu’ sendiri hingga sanggup bersikap sedemikian.
Rata-rata netizen yang melihat foto tersebut mengecam tindakan si anak dan menzahirkan simpati kepada si bapa.
Seorang netizen bernama Syamimi Iwani berkata “Anak tak guna. Ngada2 nak HP kau igt senang ke cari duit bodoh punya anak,” tulisnya.
Manakala Awie Niey Danialshah pula ” Itu bapa..snggup berkorban untuk anak..demi masa depan anak sanggup berhabisan biarpun pada perkara yg tak penting.”
“Korang rase anak die sanggup x bt pekare yg same pd ayah die seperti ayah die berkorban utk die..!?,” soal netizen bernama Hazman Mazazah. – MYNEWSHUB.CC