SPR: "Tidak Daftar Pengundi" Dan Enggan Mengundi, Itu Hak Mereka

by Oh! Semput


6
SHARES
73
VIEWS
Posted on 04 Mar 2017 18:00:57

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak boleh mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang tidak mendaftar sebagai pengundi mahupun terhadap mereka yang tidak keluar mengundi ketika pilihan raya.
Pengerusi SPR, Datuk Seri Hashim Abdullah berkata itu merupakan hak individu terbabit di bawah undang-undang negara.
“Tidak daftar mengundi dan tidak keluar mengundi ketika pilihan raya adalah hak mereka. Kita (SPR) tidak boleh berbuat apa-apa, termasuk mengheret ke mahkamah kerana itu adalah hak mereka,” kata beliau dipetik Sinar Harian Online.
Hashim berkata, “kita hanya boleh menggalakkan mereka untuk mendaftar dan keluar mengundi.”
Namun menurut Hashim, selaku agensi yang dipertanggungjawabkan menjaga pendaftaran pemilih, SPR perlu menggiatkan usaha menarik lebih ramai khususnya orang muda untuk mendaftar.
Seramai 4.1 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi belum berdaftar sebagai pengundi setakat Februari lalu.
Beliau berkata, jumlah berkenaan merangkumi pelbagai kaum yang majoritinya terdiri daripada golongan muda berumur sekitar 21 tahun. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts