“PMX AI” Kini Tidak Lagi Memberikan Respons Selepas Dua Bulan Tergendala

by Oh! Semput


3
SHARES
41
VIEWS
Posted on 30 Sep 2026 17:00:34

Perkhidmatan avatar kecerdasan buatan Perdana Menteri, PMX AI dilancarkan pada 18 Julai lalu tetapi kemudian dihentikan secara mengejut tidak sampai sehari selepas itu kerana pelbagai isu dengan jawapan yang diberikan.

Selepas dihentikan, PMX AI akan memberikan jawapan mengatakan perkhidmatan sedang dikemaskini dan ditambahbaik dengan ia akan kembali beroperasi pada 20 Julai. Tarikh tersebut datang dan pergi tetapi PMX AI masih tidak berfungsi. Jika perbualan cuba dilakukan, respons yang diberikan ialah sistem sedang dimuktamadkan dan pengumuman akan dilakukan menerusi media apabila ia kembali.

Tetapi selepas lebih dua bulan tergendala, kini PMX AI tidak lagi memberikan sebarang respons sekiranya perbualan dilakukan menerusi WhatsApp seperti dalam tangkapan skrin di atas. Ini mungkin satu lagi petanda buruk perkhidmatan ini bukan lagi tergendala tetapi telah dihentikan sepenuhnya selepas dua bulan menyepi. Tiada lagi respons mengatakan mereka akan kembali dalam masa terdekat.

Pada waktu ini masih tiada pengumuman rasmi daripada pihak Zetrix AI yang membangunkan PMX AI. Seperti Aang, avatar Perdana Menteri hilang di saat ia diperlukan.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts