by Oh! Semput
Datuk Hasan Mohamed Ali mengekalkan hubungan baik dengan pemimpin PAS walaupun dipecat pada 2012. — Foto ihsan Facebook/Hasan Mohamed PETALING JAYA, 23 Mei — Datuk Hasan Mohamed Ali “hampir tiada” keinginan kepada politik walaupun menerima ajakan kembali ke pangkuan PAS.
Bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu “lebih selesa” dengan kehidupannya berbanding menyertai politik yang memerlukan “pengorbanan” lapor Sinar Harian.
Namun, bekas naib presiden PAS itu tidak menolak kemungkinan mempertimbangkannya semula jika “agama dan bangsa menjadi taruhan.”
“Keinginan itu (masuk politik) hampir tiada. Tapi, sekiranya agama dan bangsa saya menjadi taruhan, mungkin perkiraan itu berbeza sikitlah, kerana masuk politik ini memerlukan pengorbanan,” katanya.
Beliau dipecat Januari 2012 kerana kerana tindakannya dianggap menyalahi dan merugikan kepentingan parti.
Hasan membuat kenyataan berkaitan parasit dalam PAS, dipercayai merujuk kelompok tertentu yang kini dalam Parti Amanah Negara (Amanah).
Beliau juga mengekalkan hubungan baik dengan pemimpin PAS dan menyifatkan ramai ketika “tak faham” isu pemecatannya.
“Hubungan saya dengan pimpinan PAS pun okay. Dan jika boleh ziarah Ustaz Hadi, saya mahu jadi yang terawal menziarahinya,” katanya.