Saya tidak sedar terkena tembakan – Mohd Syafik

by Oh! Semput


7
SHARES
90
VIEWS
Posted on 10 Dec 2016 09:00:19

SEMPORNA: “Saya tidak sedar terkena tembakan. Saya hanya menyedari selepas pertempuran berakhir.”

Itulah yang diakui oleh seorang anggota Platun Harimau Pasukan Gerakan Am (PGA) yang cedera dalam kejadian berbalas tembakan dengan sekumpulan penculik di Sabah pada malam Khamis lalu.

Lans Koperal Mohd Syafik Lagu Abdullah mengalami kecederaan di bahagian kaki kanan akibat terkena tembakan pihak musuh dan kini sedang dirawat di hospital Semporna.

“Selepas pertempuran berakhir, kaki saya berasa amat sakit seperti dicucuk benda tajam,” anggota keselamatan berusia 30 tahun itu.

Mengimbas kembali detik-detik mencemaskan ketika bertempur dengan kumpulan penjenayah tersebut, Mohd Syafik berkata, kumpulan penyerang melepaskan tembakan apabila dia terdengar jeritan “polis”.

“Kejadian itu berlaku dengan pantas, mungkin dalam tempoh seminit.

“Malah saya sendiri tidak pasti sama ada terkena tembakan,” katanya.

Ayah kepada dua orang anak itu juga berkata, isterinya berasa bimbang apabila dimaklumkan bahawa suaminya terkena tembakan.

“Saya memberitahu isteri agar tidak bimbang dan bertenang,” katanya sambil berharap agar dipindahkan ke hospital Tawau untuk bertemu dengan isteri dan anaknya.


LIKE Kami Sekarang
Untuk Terus Mengikuti Berita Pantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts