PAS tidak tolak hubungan politik dengan UMNO

by Oh! Semput


4
SHARES
49
VIEWS
Posted on 14 May 2017 06:00:46

Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PAS tidak tolak hubungan politik dengan UMNO

14 MEI: Selepas membatalkan hubungan politik dengan PKR, PAS melihat tahalul siyasi dengan UMNO boleh terlaksana di masa hadapan.

Mursyidul Amnya, Hashim Jasin berkata mereka tidak menolak kemungkinan perkara itu berlaku.

Tegas beliau, PAS sentiasa bersikap terbuka dalam sebarang rundingan dengan syarat kerjasama dengan mana-mana pihak yang meletakkan Islam sebagai perjuangan.

“Bagaimanapun kita bersedia bertahaluf siyasi bukan sahaja dengan UMNO tetapi dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain termasuk Parti Cinta Malaysia (PCM) yang menunjukkan minat,” katanya selepas melancarkan jentera pilihan raya PAS Kawasan Kepala Batas, Ahad.

Menurut bekas ADUN Sanglang itu, tindakan UMNO termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang meletakkan konsep Islam dalam pentadbiran boleh menjadi faktor, perkara itu direalisasikan.

Share This:


SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts