Tiger Kids semangat harimau

by Oh! Semput


4
SHARES
48
VIEWS
Posted on 29 Nov 2016 01:00:17

Kuala Lumpur: Kelab Tiger Kids FC (gambar) bertekad mengharumkan nama negara apabila menyertai kejohanan bola sepak Piala Phuket Bawah 13 Tahun di pulau peranginan itu bermula Jumaat ini.

Pemilik kelab itu, Datuk Seri Rosniaida Ismail berkata, pihaknya sudah melakukan persiapan rapi bagi menghadapi kejohanan tiga hari itu yang turut membabitkan kelab Thailand, Indonesia, Singapura, Vietnam dan Jepun.

“Ini pendedahan terbaik kepada pemain kelab ini untuk beraksi menentang pemain dari negara lain dan saya berterima kasih kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) kerana memberi kelulusan untuk kami beraksi di Phuket.

“Saya harap pemain menggunakan peluang ini dengan mempamerkan aksi terbaik sekali gus harumkan nama negara,” katanya.

Rosniaida berkata, seramai 18 pemain kelab itu bersama jurulatih akan bertolak ke Phuket esok.

“Sebelum ke Phuket, kami beraksi dalam pertandingan empat penjuru di Stadium Universiti Multimedia semalam (kelmarin). Alhamdulillah kami menjuarai pertandingan itu dan ia tonik terbaik pemain sebelum ke Phuket,” ujarnya.

Category: Sukan

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts