Touch n Go Kini Menawarkan Kad Nama NFC Pada Harga RM49.90 Satu Kad

by Oh! Semput


4
SHARES
50
VIEWS
Posted on 02 Nov 2026 14:00:55

Touch n Go sedia terkenal dengan penawaran kad fizikal yang digunakan untuk pembayaran pada pengangkutan. Kini, mereka turut memperluaskan lagi penawaran mereka, dengan penawaran kad nama dilengkapi NFC, sekaligus memudahkan pengguna menggunakannya untuk bertukar-tukar kontak dengan mudah.

Ditawarkan pada harga pengenalan RM49.90, TNG Business Card ini memberikan anda kad fizikal dengan sokongan NFC yang membolehkan anda tap pada peranti untuk bertukar kontak, menggunakannya untuk pengangkutan, dan pada masa yang sama turut hadir dengan pautan khusus bagi membolehkan anda berkongsi maklumat anda.

Pengenalan ini juga hadir selari dengan penawaran beberapa kad nama NFC lain di pasaran kebelakangan ini yang semakin meningkat popular. Dengan penawaran pihak TNG sendiri, semestinya ia akan memberikan cabaran kepada penyedia lain dengan penawaran sama memandangkan kad TNG memberikan lebih fungsi berbanding yang lain. Bagi pengguna yang berminat, boleh melakukan tempatan untuk TNG Business Card ini melalui laman rasmi TNG hari ini.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts