Trump balas cemuhan di Twitter

by Oh! Semput


5
SHARES
63
VIEWS
Posted on 04 Dec 2016 13:00:18

WASHINGTON: Presiden dipilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menghantar mesej cemuhan sebagai maklum balas terhadap sketsa komedi yang mengejek minatnya menghantar tweet.

Trump sekali lagi mengecam rancangan “Saturday Night Live,” yang mana aktor Alec Baldwin, memegang watak sebagai dirinya.

Jutawan hartanah itu menulis tweet mengkritik rancangan itu pagi berikutnya, sebelum rancangan berakhir.

“Cuba menyaksikan Saturday Night Live – langsung tidak boleh ditonton! Jelas berat sebelah, tidak lucu dan peniru Baldwin agak teruk. Amat menyedihkan,” tulis Trump.

Dalam sketsa itu, Trump ditegur pembantunya kerana menghantar semula satu tweet daripada pelajar sekolah tinggi, ketika taklimat keselamatan.

Aktres Kate McKinnon’s Kellyanne Conway, yang memainkan peranan sebagai pakar strategik Trump berkata, banyak tweet Trump dipilih untuk mengalihkan media daripada konflik perniagaan dan semua individu amat menakutkan dalam kabinetnya.

Namun, watak Trump yang dipegang Baldwin berkata, “sebenarnya itu bukan sebab mengapa saya melakukannya. Saya melakukannya kerana otak saya jahat.”

Sketsa itu berakhir dengan Trump memanggil ketua strategiknya, Steve Bannon, yang kemudian masuk ke studio dengan watak Grim Reaper.

Bannon pernah mengendalikan Britbart News, yang dikritik sebagai platform untuk pelampau kulit putih dan anti-Yahudi.

Selepas tweet Trump, Baldwin sendiri membalas: “Dedahkan cukai penyata anda dan saya akan berhenti. Ha.” – AFP

Category: Dunia

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts