Tular video ahli MPP didakwa kutip wang perlindungan: “You pau, you out!” -Hannah Yeoh

by Oh! Semput


7
SHARES
91
VIEWS
Posted on 27 Mar 2026 17:05:42

Menerusi hantaran di Facebook, beliau menyatakan mana-mana pihak yang cuba berbuat demikian akan dipastikan dibuang.

“Lawan kartel: You pau, you out,” tulisnya tegas.

alt

Kenyataan tersebut dibuat susulan tular rakaman CCTV yang didakwa menunjukkan dua individu meminta wang daripada sebuah pusat urut di Wangsa Maju.

Sebelum ini juga Hannah telah mengarahkan siasatan segera berhubung dakwaan salah laku melibatkan Arahan itu termasuk meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuat laporan polis.

alt

Memetik laporan daripada Bernama, polis mengesahkan bahawa pihak mereka ada menerima tiga laporan berhubung video tular yang memaparkan dakwaan dua individu dipercayai ahli Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Wilayah Persekutuan meminta wang perlindungan daripada sebuah pusat urut di Wangsa Maju, hari ini.

“Setakat ini, tiga laporan telah diterima dan siasatan masih dijalankan,” katanya.

alt

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata kes disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana pemerasan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan penyebaran kandungan.

: Facebook Hannah Yeoh, Bernama 

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts