S4S Tuntut British Kaji Semula Perjanjian Malaysia 1963

by Oh! Semput


6
SHARES
80
VIEWS
Posted on 08 Dec 2016 01:01:03

S4SFoto oleh FMT

KUCHING: Aktivis Sarawak 4 Sarawakian (S4S) menuntut kerajaan British mengkaji semua Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menurut Jurucakap kumpulan itu, Fong Pau Teck, pihaknya akan menghantar sekali lagi memorandum tuntutan tersebut kepada Ratu England melalui Pesuruhjaya Tinggi British di Kuala Lumpur.

“Tuntutan itu bertujuan agar kerajaan British mengkaji semula perjanjian MA63 untuk memastikan Putrajaya mematuhi perjanjian yang termaktub,” katanya pada sidang media kelmarin.

Beliau turut mendedahkan kumpulan S4S pernah menghantar memorandum yang sama pada Februari lalu, tetapi dokumen tersebut dikembalikan dalam keadaan sampul yang belum dibuka.

Beliau menjelaskan, tiada apa yang salah dengan meminta bantuan Britain dalam perkara ini kerana negara itu merupakan satu daripada penandatangan perjanjian, termasuk Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (kini dikenali sebagai Sabah), Sarawak dan Singapura.

Menurut Fong, pada 27 Ogos 1976, kerajaan Malaysia secara unilateral meminda perlembagaan persekutuan untuk menjadikan Sarawak negeri yang ke 13, yang mana bertentangan dengan tiga wilayah asal Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah mengikut Perjanjian Malaysia.

“Penurunan status Sarawak dan Sabah dari wilayah kepada dua negeri dari tiga belas komponen Persekutuan. Ini jelas melanggar perjanjian,” ujarnya.

Justeru beliau mengingatkan kerajaan British agar tidak mengabaikan tuntutan berkenaan, dan bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Jika mereka terus mengabaikan kami, barulah kami merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka (kerajaan British),” beliau dipetik sebagai berkata.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts