Plot Twist! ‘Harimau’ Yang Korang Asyik Nampak Lately Ni Rupanya Bukan Saja-Saja Muncul! Ada Sesuatu ‘BESAR’ Bakal Terjadi!

by Oh! Semput


4
SHARES
51
VIEWS
Posted on 18 Aug 2026 10:00:54

Guys, perasan tak lately ni ada ‘harimau’ comel selalu lalu-lalang dekat feed media sosial, tak kisahlah TikTok ke, Instagram mahupun Threads? 

Bukan tu je, ‘harimau’ ni pun selalu muncul dekat tempat-tempat yang “happening” macam lapangan terbang, tempat makan serta pusat beli-belah! Fuhh, lain macam eh. 

Advertisement

Bukan Sekadar Comel, Ada Rahsia Besar Di Sebalik Kemunculannya! 

Harimau Muncul Di Beberapa Lokasi

Rupa-rupanya, harimau yang sering dilihat dekat tempat-tempat tumpuan ramai ni sebenarnya adalah daripada aplikasi Maybank MAE, watak peneman gaya hidup moden korang! 

Ia sentiasa bersedia memudahkan segala urusan harian korang daripada bab menyimpan, berbelanja, sampailah ke urusan travel ke luar negara, Harimau ni sentiasa berkepit dengan korang untuk memastikan setiap transaksi berjalan dengan selamat dan lancar! It’s You and MAE, Anytime Everywhere!

3 Ciri Utama MAE Yang Wajib Korang Manfaatkan Hari Ini!

Kalau dah selalu ada di sisi korang, of course ada kelebihan dan manfaat yang MAE offer dekat korang betul tak? Antara manfaat menggunakan MAE adalah:

1. Rakan Setia Bila Melancong Ke Luar Negara

Bila nak bercuti ke luar negara, bab nak tukar duit, daftar insurans dan cari data internet mesti buat ramai antara kita pening kepala betul tak? 

Tapi dengan MAE, semuanya kini boleh diselesaikan dalam satu aplikasi saja sebelum korang berlepas!

Bukan itu saja, korang juga boleh berbelanja dengan lebih yakin dan kekal terhubung di mana-mana saja korang berada! Paling best, ada sampai PIN Tambah Nilai MAE RM80 yang korang boleh tebus. Caranya mudah saja: 

Kriteria 1: Dapatkan PIN Tambah Nilai MAE Top-up RM50: jadi antara 1,000 pemenang terawal setiap fasa yang berjaya membuka Global Access Account-i (GAA-i)* menerusi aplikasi MAE.

Kriteria 2: Ekstra PIN Tambah Nilai MAE RM30: untuk pemenang yang layak perlu lengkapkan salah satu daripada tiga tugasan ini dalam fasa yang sama: 

– sama ada mendaftar TripCare 360 Takaful** menerusi MAE

– membeli eSIM*** di aplikasi MAE, atau

– buat melakukan sekurang-kurangnya 2 kali transaksi menggunakan Kad GAA dengan minima RM150 per transaksi, atau nilai yang setara.

*Maybank Islamic adalah ahli Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). Akaun Global Access-i dilindungi oleh PIDM setakat MYR250,000 bagi setiap pendeposit. 

**Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah sijil/polisi/produk yang layak adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM atau hubungi Etiqa General Takaful Berhad atau PIDM (layari www.pidm.gov.my

***Tertakluk pada terma dan syarat

Paling best, sekarang korang dah boleh menggunakan MAE untuk melakukan pembayaran bila korang melancong ke luar negara tau! 

Buka saja ciri “Scan” pada aplikasi MAE dan lakukan pembayaran QR seperti biasa di negara seperti Singapura, Thailand, Indonesia dan banyak lagi!

2. Scan & Pay Dengan MAE Lebih Mudah, Siap Ada Ganjaran Dengan Samsung Wallet

Untuk pengguna Samsung, ada berita paling best untuk korang! Sekarang, Samsung Wallet dah dilengkapi fungsi Scan & Pay dengan MAE.

Lepas ni kalau nak bayar kopi, nasi lemak atau barang dapur, imbas saja kod QR menerusi Samsung Wallet. 

Proses pembayaran jadi jauh lebih cepat, mudah dan yang paling penting, lebih menyeronokkan dengan pelbagai ganjaran menanti korang!

Psst, bermula sekarang hingga 30 Oktober 2026, korang berpeluang menikmati pelbagai ganjaran menarik tau! 

Pergi ke page Samsung Wallet Promotion untuk sertai kempen untuk lebih banyak ganjaran!

Tahu tak, apabila korang menghubungkan Samsung Wallet MAE ke Scan & Pay dan buat satu transaksi, korang akan dapat pulangan tunai berjumlah RM5.

Bukan tu saja, kalau korang jenis yang suka berbelanja, korang boleh menikmati pulangan tunai sehingga RM10 atau baucar ZUS Coffee bernilai RM15 apabila korang melengkapkan 15 kali transaksi bayaran. 

Paling best, untuk transaksi yang ke-30, korang berpeluang untuk memenangi 1,000 Mata Ganjaran Samsung Rewards! Berbaloi kan? 

Tapi korang kena ingat, ganjaran ini tertakluk kepada siapa cepat, dia dapat!

3. Peluang Menang Emas Dengan Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i)

Bagi korang yang nak mula berjinak-jinak dengan pelaburan fizikal yang lebih selamat, korang boleh mulakan pelaburan emas secara patuh syariah dengan serendah RM10 menerusi Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i) terus dari aplikasi MAE.

Bukan sekadar melabur untuk masa depan, korang yang melabur menerusi MIGA-i juga berpeluang untuk menang sehingga 66g emas tau! Memang gempak habis!

Melihat kepada semua kemudahan ini, tak peliklah Harimau ini sentiasa muncul di mana-mana saja, sebab aplikasi MAE direka khas untuk bergerak seiring dengan gaya hidup rakyat Malaysia yang makin aktif dan mobile.

Sama ada untuk berbelanja harian, menambah simpanan mahupun melangkah keluar negara, semuanya boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana jua. Sebab itulah It’s You and MAE, Anytime Everywhere!

Bagi yang belum ada aplikasi MAE, muat turun sekarang di Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGallery untuk nikmati segala kemudahan serta promosi hebat ini!

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Maybank atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram

Plot Twist! ‘Harimau’ Yang Korang Asyik Nampak Lately Ni Rupanya Bukan Saja-Saja Muncul! Ada Sesuatu ‘BESAR’ Bakal Terjadi! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts