ECRL Mula Ujian Integrasi Sistem, ‘Fault-Free Run’ – Disasar Mula Operasi Lebih Awal Disember Ini

by Oh! Semput


4
SHARES
52
VIEWS
Posted on 14 Aug 2026 11:00:14

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kini memasuki fasa penting sebelum mula beroperasi, dengan System Integration Testing (SIT) dan Fault-Free Run (FFR) dimulakan bagi jajaran sepanjang 665 kilometer dari Kota Bharu ke Gombak.

Setakat Julai 2026, kemajuan keseluruhan ECRL Fasa 1 telah mencapai 95.08%. Bekalan elektrik juga telah diaktifkan di kesemua 10 stesen penyuap (Feeder Station) bagi jajaran berkenaan.

SIT dilaksanakan untuk menguji integrasi sistem utama seperti semboyan, komunikasi, bekalan kuasa tarikan dan Overhead Contact Line supaya semuanya dapat berfungsi secara bersepadu. FFR pula akan melibatkan perjalanan ujian sejauh 8,000 kilometer bagi menilai prestasi operasi dan kebolehpercayaan sistem sebelum perkhidmatan penumpang dimulakan.

Bagi menyokong proses pemeriksaan dan pengujian, Comprehensive Inspection Train (CIT) model CR200J turut dilancarkan. Tren ini digunakan untuk memeriksa aspek keselamatan, prestasi dan kecekapan rangkaian ECRL, termasuk merekod parameter geometri landasan, memeriksa sistem semboyan serta meneliti Overhead Catenary System (OCS) di sepanjang jajaran tersebut.

Dalam perkembangan sama, konsep reka bentuk stesen-stesen utama ECRL turut diperkenalkan dengan mengetengahkan identiti dan warisan tempatan di setiap kawasan. Antara elemen yang diketengahkan termasuk Rumah Melayu di Kota Bharu, Perahu dan Ombak di Kuala Terengganu, Gading Gajah di KotaSAS serta Permatang Kuarza di Terminal Bersepadu Gombak.

Foto: Kementerian Pengangkutan

Memetik laporan Bernama, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata ECRL Fasa 1 dari Kota Bharu ke Gombak kini disasarkan mula beroperasi pada Disember 2026, lebih awal daripada jadual asal Januari 2027. Bagaimanapun, sasaran itu masih bergantung pada kelancaran proses ujian dan pentauliahan, tanpa sebarang kompromi terhadap aspek keselamatan.

Menurutnya, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan kontraktor utama China Communications Construction Company Ltd (CCCC) perlu berusaha mempercepat proses berkenaan bagi membolehkan perkhidmatan dari Kelantan ke Selangor dimulakan menjelang cuti hujung tahun.

“Kita cuba melihat bagaimana Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) boleh membantu memudahcarakan urusan berkaitan proses ujian dan pentauliahan bagi mempercepat projek ini tanpa kompromi terhadap keselamatan. Biasanya ia mengambil masa dua hingga tiga bulan, jadi kita nak lihat bagaimana dapat dipendekkan masa tersebut,” katanya.

Loke berkata usaha mempercepat operasi itu dibuat berdasarkan penilaian bahawa pelbagai ujian terhadap tren telah dilaksanakan sebelum ia dihantar ke Malaysia, termasuk ujian di kilang di China.

Beliau berkata Fasa 2 yang menghubungkan Gombak ke Pelabuhan Klang dijangka siap pada Disember 2027, dengan operasi dijadualkan bermula pada Januari 2028.

{suggest}

ECRL Mula Ujian Integrasi Sistem, ‘Fault-Free Run’ – Disasar Mula Operasi Lebih Awal Disember Ini WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts