Ujian Sistem Amaran Awal Serentak Di Seluruh Negara Pada 29 November, Pengguna Disaran Kemas Kini Peranti

by Oh! Semput


4
SHARES
52
VIEWS
Posted on 19 Nov 2026 11:00:20

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menggesa orang ramai supaya mengemas kini sistem operasi telefon masing-masing sebagai persediaan menerima amaran kecemasan menerusi Sistem Amaran Awal (EWS).

Dalam kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan sistem yang sedang dilaksanakan secara berfasa itu menggunakan teknologi Cell Broadcast System (CBS). Ia membolehkan amaran kecemasan dihantar secara serentak kepada telefon mudah alih yang serasi dalam kawasan geografi yang dikenal pasti.

Melalui kaedah ini, pengguna tidak perlu memuat turun aplikasi tambahan, membuat pendaftaran atau melanggan sebarang perkhidmatan khusus untuk menerima amaran berkenaan.

Pelaksanaan sistem ini melibatkan kerjasama MCMC, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), agensi teknikal berkaitan serta penyedia perkhidmatan telekomunikasi.

Keperluan minimum peranti untuk amaran EWS

Sebagai panduan awal, MCMC menyatakan keperluan minimum peranti bagi menyokong penerimaan amaran EWS adalah seperti berikut:

  • iOS – iPhone 11 dan model lebih baharu yang menggunakan iOS 27.2 atau versi terkini.
  • Android 12 atau versi terkini.
  • Huawei dengan EMUI 16 atau versi terkini.

Bagaimanapun, MCMC menjelaskan bahawa keperluan minimum tersebut masih tertakluk kepada pengesahan teknikal akhir.

Pengguna turut disarankan memasang kemas kini perisian terkini yang tersedia untuk telefon masing-masing dan memulakan semula (restart) peranti selepas proses kemas kini selesai. Selain itu, pengguna juga perlu memastikan tetapan Amaran Kecemasan diaktifkan, sekiranya pilihan tersebut tersedia pada peranti.

Ujian Sistem Amaran Awal di seluruh negara pada 29 November

Dalam perkembangan berkaitan, MCMC menjelaskan aktiviti pada 19 November 2026 merupakan ujian teknikal dalaman yang dijalankan di bangunannya di Cyberjaya, bagi tujuan penilaian dan penambahbaikan sistem sebagai persediaan ke arah pelaksanaan yang lebih meluas.

MCMC memaklumkan ujian pada skala lebih luas akan dilaksanakan secara berfasa.

sistem amaran awal
Ujian teknikal dalaman Sistem Amaran Awal (EWS) dijalankan bersama Ketua Pengarang dan wakil media. (Foto: MCMC)

Menerusi kenyataan berasingan, Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil kini mengesahkan Sistem Amaran Awal (EWS) akan menjalani ujian simulasi di kawasan Bangunan Parlimen pada 23 November ini, sebelum pelaksanaan ujian penerimaan amaran secara serentak di seluruh negara pada 29 November 2026.

Tarikh penting sistem amaran awal EWS
Foto: MCMC

Sementara itu, MCMC turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa merujuk maklumat rasmi dan mematuhi arahan pihak berkuasa apabila menerima amaran kecemasan. Sistem EWS akan melengkapi saluran amaran sedia ada bagi membantu meningkatkan keselamatan dan kesiapsiagaan masyarakat ketika menghadapi bencana.

{suggest}

Ujian Sistem Amaran Awal Serentak Di Seluruh Negara Pada 29 November, Pengguna Disaran Kemas Kini Peranti WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts