Tip Untuk ‘Anak Bersunat’ Ini Dikongsi Lebih 4,000 Netizen

by Oh! Semput


6
SHARES
75
VIEWS
Posted on 03 Dec 2016 10:01:27

SUDAH menjadi budaya negara ini, mula sahaja musim cuti persekolahan, maka ramailah ibu bapa akan sibuk melaksanakan tuntutan syariat Islam iaitu berkhatan kepada anak lelaki.

Pada waktu inilah, kebiasaanya kanak-kanak lelaki yang disunatkan akan dilayan bak raja oleh keluarga gara-gara simpati dengan kesakitan yang dialami mereka.

Manakala, rumah pula akan ‘dihiasi’ dengan tali untuk mengantungkan kain pelikat anak yang disunatkan dengan tujuan supaya tidak terkena pada bahagian alat sulit itu.

Namun, zaman kini sudah tidak praktikal untuk melakukan amalan menggantungkan kain itu memandangkan cara pemasangannya agak leceh khususnya kepada yang tinggal di rumah batu.

Ini kerana mereka tidak mempunyai alang seperti rumah kampung.

Memahami permasalahan ibu bapa, seorang netizen bernama Nik Zulaikha tampil berkongsikan idea mudah tanpa perlu menggantungkan kain iaitu dengan cara menggunakan kotak.

15326429_1392125454154053_1150822644449169357_n

3adbc47100000578-0-image-a-2_1480495062141

Anda hanya perlu memotong sebahagian kotak tersebut seperti yang ditunjukkan dibawah ini;

15193503_1392125467487385_2738669719902868316_n

Mudah bukan? Tip yang dikongsi Nik Zulaikha ini turut mendapat lebih 4,000 perkongsian sejak Khamis lalu.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk anda! – MYNEWSHUB.CC

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts