“Hak Saya Untuk Kahwin Di Thailand”

by Oh! Semput


3
SHARES
37
VIEWS
Posted on 11 Oct 2016 13:00:03

Hanya kerana mengadakan perkahwinan di Thailand, ramai yang mempersoalkan tindakan Awie yang melangsungkan perkahwinan ketiga beliau di Songkhla, Thailand baru-baru ini. Bagaimanapun, Awie menjelaskan bahawa perkahwinan yang berlangsung pada 7 Oktober lalu sengaja dirancang untuk diadakan disana kerana keturunan keluarganya berasal dari Thailand.

BACA: Awie, Sharifah Ladyana Selamat Bergelar Suami Isteri

“Sebenarnya saya tidak faham kenapa lokasi perkahwinan saya menjadi satu isu besar seolah-olah saya melakukan jenayah yang berat. Kenapa saya pilih untuk berkahwin di Thailand itu adalah hak saya dan ianya bukan satu kesalahan. Saya sebenarnya kecewa apabila keluar laporan mengatakan saya boleh dipenjarakan hanya kerana saya berkahwin di luar negara.

“Saya bukannya bodoh dan tahu mengenai undang-undang yang memperuntukkan tempoh enam bulan untuk mendaftarkan perkahwinan saya di negara ini. Cuma rasanya tidak perlu saya nak heboh kepada umum bila atau di mana saya akan daftar perkahwinan saya,” jelasnya kepada m Star Online mengenai isu lokasi perkahwinannya yang diadakan di Thailand.

Sementara itu, dalam masa yang sama Awie sedang dalam proses untuk mendaftarkan perkahwinanya dalam masa terdekat mengikut undang-undang negara Malaysia selepas mengadakan majlis akad nikah di Thailand. Minggu lalu Awie selamat bergelar suami dengan sekali lafaz kepada Sharifah Ladyana Syed kira-kira pukul 12.10 tengah hari di Songkhla. (rkty/w)

1-hak-saya-untuk-kahwin-di-thailand-jpeg 2-hak-saya-untuk-kahwin-di-thailand-jpeg 3-hak-saya-untuk-kahwin-di-thailand-jpeg 4-hak-saya-untuk-kahwin-di-thailand-jpeg 5-hak-saya-untuk-kahwin-di-thailand-jpeg 6-hak-saya-untuk-kahwin-di-thailand-jpeg

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts