Usaha Giat Dijalankan Buru Dua Suspek

by Oh! Semput


5
SHARES
64
VIEWS
Posted on 15 Dec 2016 05:00:46


M.Chandra

M.Chandra

KOTA KINABALU: Usaha memburu dua suspek yang menyebabkan kematian seorang remaja sementara tiga yang lain parah selepas terkena libasan parang sedang giat dilakukan oleh pihak polis.

Dalam satu kejadian yang berlaku awal pagi tadi dua lelaki tidak dikenali menyerang sekumpulan remaja yang keluar dari sebuah pusat hiburan di Jalan Coastal, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 4.15 pagi itu, Yacoob Nasran, 17, ditemui terbaring dengan dua kesan tetakan di dahi dan leher.

Sebelum kejadian, mangsa yang bersama tujuh rakannya berumur antara 18 tahun dan 20 tahun, dikatakan keluar dari sebuah pusat hiburan sebelum terserempak dengan seorang lelaki yang bertengkar dengan bekas isterinya di kaki lima premis terbabit.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, siasatan awal mendapati suspek berusia 26 tahun tiba-tiba menyerang kumpulan remaja berkenaan bersama seorang lagi suspek lelaki yang juga sepupunya berumur lingkungan 20-an.

“Suspek kemudian mengambil sebilah parang lalu melibasnya ke arah kumpulan remaja berkenaan, menyebabkan seorang mangsa terkena dua libasan di dahi dan leher serta meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk dibedah siasat manakala tiga rakannya dilaporkan stabil selepas menerima rawatan di hospital sama.


LIKE Kami Sekarang
Untuk Terus Mengikuti Berita Pantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts