by Oh! Semput

“Bimbang dengan keadaannya, saya dan suami, Azrul Hisham Zakri, 42, bawa anak ke klinik swasta di Perak, tapi doktor yang merawat memaklumkan ia hanya kelenjar dan memberi ubat antibiotik namun selepas itu keadaan anak masih sama.
“Saya ambil keputusan bawa anak ke Hospital Teluk Intan, Perak pula, tetapi selama lima hari anak ditahan di hospital, doktor yang merawat masih tidak dapat mengesan penyakitnya walaupun melakukan pelbagai ujian kesihatan termasuk imbasan x-ray dan MRI (ujian imbasan magnetik).
“Malah, bengkak anak semakin membesar selepas doktor memasukkan air ke dalam badannya,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di FELDA Padang Piol, di sini, semalam.
“Saya tidak bersetuju kerana pernah ada pengalaman anak kedua saya bengkak di bahu kanan diambil tisu dan menjalani enam kali kimoterapi, tetapi tiada perubahan dan meninggal dunia selepas itu.
“Saya beritahu doktor mahu mencuba kaedah perubatan secara tradisional pula dan Selasa lalu saya bawa anak pulang ke kampung halaman (FELDA Padang Piol),” katanya yang sebelum ini tinggal di Langkap, Perak, bersama suami yang bekerja di kilang kelapa sawit di sana.
“Baru dua kali bawa anak berubat di situ nampak ada sedikit perubahan, tangannya yang dulu keras dan membiru sedikit kurang, tetapi saya tidak tahu lagi selama mana keberkesanannya.”
"Saya akan berusaha memberikan yang terbaik buat anak saya kerana tidak mahu kehilangan satu-satunya anak yang ada," katanya lagi.
“Namun, saya terkilan dalam keadaan begini masih ada pihak mahu mengambil kesempatan selepas melihat gambar anak dikongsi ibu saudara saya di Facebook. Pihak itu memberitahu sudah membuang ‘hantu’ dalam badan anak lalu meminta saya membayar upah kepadanya, tetapi saya tidak mengendahkannya,” katanya.