(Video) 'Balik Keje, Suami Suruh Main Explorace Cinta, Akhirnya Dapat Hadiah Idaman' - Wanita Ini Disapa Dengan Kejutan 'Explorace Cinta' Apabila Balik Kerja

by Oh! Semput


11
SHARES
149
VIEWS
Posted on 07 Aug 2017 15:01:04


Setibanya sahaja dia di rumah dari tempat kerja, Syarifah Wahida Al-Yahya disambut oleh suaminya yang kelihatan memegang kamera untuk merakamnya.

"Sayang, jom main Explorace Cinta." kata si suami.

Video 10 minit yang merakamkan aksi Syarifah Wahida bermain permainan singkat itu menjadi viral di media sosial kerana idea riadah yang sangat ringkas serta kemanisan pasangan tersebut.

"Balik keje harini ade orang wat suprise main Explorace Cinta pulak.. hahaha takde keje sungguh. Dapat pulak hadiah anniversary benda yg dah LAMA nak beli, tapi belum mampu. " tulis Syarifah.

Difahamkan, permainan itu diadakan oleh sumai Syarifah bagi menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka. Lebih manis, hadiah untuk explorace itu dibuat sendiri oleh suami Syarifah dan merupakan hadiah idamannya sejak dahulu lagi.

"Last2 dia buatkan sendiri.. Terharunya.. Tq husband.. Lepas ni dah boleh live make-up mcm Bellaz.! Haha

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts