CHINA - Seorang bayi lelaki hampir-hampir mengalami strok haba setelah ditinggalkan di dalam kereta kerana dipercayai tertidur sementara ibu bapanya pergi membeli-belah.
Memetik laporan Shanghaiist, kejadian yang berlaku semalam di Dongguan itu, bayi terbabit yang dikatakan berusia satu tahun itu terjaga dari tidurnya dan menyedari ketiadaan ibu bapanya bersama terus menangis dalam ketakutan.
Seorang lelaki yang dipercayai telah melalui berdekatan dengan kereta mangsa telah terdengar tangisan bayi itu lalu terus menghubungi pihak polis bagi mendapatkan bantuan memandangkan beliau tidak boleh bertindak sendirian.
Menerusi rakaman video yang berdurasi 43 saat itu yang kini telah tersebar di media sosial, memaparkan dua pegawai polis bertungkus lumus cuba memecahkan cermin tingkap kereta bagi menyelamatkan bayi malang terbabit yang kelihatan basah kerana berpeluh setelah berada di dalam kereta ibu bapanya hampir 40 minit lamanya.
Walau bagaimanapun, tiada laporan yang menyatakan ibu bapa bayi tersebut akan didakwa di atas kesilapan mereka itu, tetapi rata-rata netizen mengharapkan pasangan terbabit bersyukur memandangkan bayi mereka itu telah berjaya diselamatkan oleh pihak polis dan orang awam. -
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menafikan dakwaan bahawa kelewatan urusan pengebumian seorang jenazah di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Hulu Kelang berpunca daripada pihak masjid seperti yang tular di media sosial.Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shah
PETALING JAYA: Kelahiran bayi pada hari ini, 26 Jun 2026, bukan sahaja membawa kegembiraan buat ibu bapa, malah turut mencuri perhatian pengguna media sosial berikutan keunikan kombinasi nombor kad pengenalan (MyKid) yang bakal diterima mereka.Menerusi se
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua calon PH yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor supaya turun mendekati rakyat dengan penuh keikhlasan serta mengutamakan amanah yang diberikan pengundi.Menerusi han
Seorang guru lelaki berusia 38 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun dalam kejadian yang dipercayai berlaku di daerah Temerloh, Pahang.Ketua Polis Daerah Teme
Kerajaan MADANI mengumumkan tiga penambahbaikan terhadap pelaksanaan sistem subsidi bersasar BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) bagi memudahkan peralihan menjelang pelaksanaan akses awal program itu yang bermula esok di Semenanjung Malaysia.Kementerian Kew
Seramai 125 pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) daripada golongan kurang berkemampuan menerima Bantuan Lestari Siswa Madani melibatkan peruntukan keseluruhan RM62,500 bagi meringankan beban kewangan sepanjang tempoh pengajian.Majlis penyampaian b
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa portal rasmi KKM kini sedang mengalami gangguan akses yang dipercayai berpunca daripada insiden keselamatan siber.Menurut KKM,
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menafikan dakwaan bahawa pihak masjid menuntut bayaran RM1,400 daripada waris bagi urusan pengebumian jenazah seorang lelaki di Tanah Perkuburan Ukay Perdana, Ampang.Pengarah JAIS, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata,
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut dalam kemalangan tragis selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta sebelum diseret sejauh kira-kira 50 meter di Jalan Kota BharuKuala Terengganu berhampiran Kampung Bukit Kenak, B
Cubaan dua lelaki yang disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah untuk melarikan diri daripada pemeriksaan polis berakhir dengan kemalangan selepas kereta yang dinaiki mereka merempuh tiga buah kenderaan di Jalan Kuching, petang semalam.Ketua Polis Ku