VIDEO Bas Ekspres Terbakar 36 Penumpang Selamat

by Oh! Semput


5
SHARES
68
VIEWS
Posted on 19 May 2017 15:01:33

bas.jpeg

GERIK 19 Mei – Sebuah bas ekspres dua tingkat terbakar secara tiba-tiba ketika berhenti di hadapan sebuah restoran di Kilometer 4, Jalan Gerik-Kupang di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 2 petang itu berlaku ketika kesemua 36 penumpang yang dalam perjalanan dari Besut, Terengganu ke Lumut telah turun dari bas dan berhenti makan di restoran berkenaan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Zainal Abidin Abd Ghani berkata, kejadian itu disedari pemandu bas setelah terlihat asap dari bahagian tayar hadapan bas sebelum api menyambar kenderaan itu.

Katanya, pemandu bas berusia 51 tahun itu cuba memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api namun gagal apabila api merebak dengan cepat.

“Operasi memadamkan kebakaran segera dilakukan selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 2 petang. Struktur bas serta bahan mudah terbakar yang terdapat dalam kenderaan itu menyebabkan api mudah merebak.

“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira 30 minit kemudian dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

“Namun polis belum menerima aduan kejadian tersebut,” katanya.

: UTUSAN ONLINE

: sehinggit

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts