by Oh! Semput
Gergasi kejuruteraan dari Britain, JCB, telah melakar sejarah baharu dalam dunia permotoran apabila kenderaan berkuasa hidrogen mereka, JCB Hydromax berjaya mencatatkan rekod kelajuan darat terpantas di dunia pada kelajuan 406.320 batu sejam (mph) (kira-kira 653.9 km/j).
Rekod kelajuan yang dibuat di di Bonneville Salt Flats ini dicatatkan dalam Kategori A, Kumpulan XIV – Rekod Kelajuan Darat Permulaan FIA Kelas 7.
Ia dipandu oleh pemegang rekod kelajuan darat dunia, Andy Green OBE.
Dalam dua pusingan ujian mengikut piawaian FIA, jentera tersebut mencatatkan kelajuan purata 400.623 mph pada pusingan pertama dan 412.135 mph pada pusingan kedua.

Pencapaian ini memadamkan rekod enjin pembakaran dalaman hidrogen terdahulu milik BMW H2R pada kelajuan 185.5 mph (~298.53 km/j) yang dicatatkan pada tahun 2004.
Kejayaan ini juga memecahkan rekod kelajuan diesel milik JCB Dieselmax yang dicatatkan di lokasi sama 20 tahun lalu.
Menariknya, kenderaan sepanjang 32 kaki ini dikuasakan oleh dua enjin jengkaut hidrogen pengeluaran standard JCB yang menghasilkan 1,600 kuasa kuda.
Enjin yang sama ini juga kini digunakan pada jentera pembinaan JCB di pasaran sebagai sebahagian daripada pelaburan program hidrogen bernilai £100 juta.
Pengerusi JCB, Lord Bamford, menegaskan bahawa pencapaian ini membuktikan teknologi hidrogen sifar emisi bukan sahaja berfungsi secara praktikal, malah berupaya beroperasi pada tahap prestasi tertinggi.
{suggest}
(Video) Jentera Hidrogen JCB Hydromax Catat Kelajuan 653.9 Km/j, Pecah Rekod Dunia Terdahulu WISER.MY.