Video Teater Didakwa Persenda Rukun Negara Tular, PDRM & MCMC Digesa Jalankan Siasatan

by Oh! Semput


5
SHARES
60
VIEWS
Posted on 19 Sep 2026 03:00:45

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) digesa menjalankan siasatan segera berhubung sebuah video pementasan teater yang didakwa mengandungi unsur penghinaan terhadap institusi raja, negara serta Rukun Negara. (BERNAMA)

Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang berkata tindakan sewajarnya perlu diambil sekiranya siasatan mendapati berlaku pelanggaran undang-undang.

Advertisement

Menurutnya, siasatan boleh mengambil kira peruntukan berkaitan termasuk Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Akta Hasutan 1948.

Video yang tular itu dilaporkan dimuat naik menerusi akaun Instagram The Fever Kinetic Theatre dan memaparkan satu pementasan yang mencetuskan kritikan kerana cara Rukun Negara serta beberapa isu berkaitan identiti negara dipersembahkan.

Aaron menyifatkan pementasan tersebut sebagai tidak bertanggungjawab dan menegaskan bahawa kebebasan berkarya serta bersuara perlu disertai tanggungjawab terhadap undang-undang, institusi negara dan keharmonian masyarakat.

Dalam perkembangan sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan menyifatkan pementasan berkenaan sebagai pelanggaran adab dan “kemungkaran sosial” yang menurutnya boleh menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk.

Beliau turut menggesa pihak penganjur membuat permohonan maaf secara terbuka serta meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh dan mengambil tindakan mengikut undang-undang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kkk
2026-09-18 17:35:54

Iklan Converse Malaysia Dikecam 'Mat Saleh' Luar Negara, Visual Didakwa Mirip KKK & Keganasan Kaum

Video Teater Didakwa Persenda Rukun Negara Tular, PDRM & MCMC Digesa Jalankan Siasatan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts