(Video)TERKINI: Anak Osama bin Laden Ikrar Mahu Balas Dendam Dan Bantai Amerika Sampai Hancur!!!
ISLAMABAD, 19 Syaaban 1438H, Selasa – Barat, khususnya Amerika Syarikat (AS) diberi amaran bahawa anak lelaki Osama bin Laden telah berikrar akan membalas dendam terhadap pihak yang membunuh bapanya.
Amaran itu diberikan bekas ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) yang turut memaklumkan bahawa Hamza bin Laden kini sedang dilatih untuk menjadi pemimpin tertinggi al-Qaeda.
Ali Soufan, yang mengetuai siasatan FBI terhadap al-Qaeda selepas serangan pada 11 September 2001 (9/11) terhadap Pusat Dagangan (WTC) di New York, telah meneliti dokumen yang dirampas dari rumah Osama di Pakistan ketika dia ditembak mati pasukan khas tentera laut AS pada 2011.
“Jihad di jalan Allah adalah apa yang kita mahu,” tulis Hamza yang kini dikatakan berusia 28 tahun. Osama sebelum ini berharap Hamza akan menggantikannya memimpin al-Qaeda.
Soufan memberitahu CBS News mengenai surat Hamza kepada bapanya, yang tidak ditemuinya beberapa tahun.
Hamza berusia 22 tahun ketika menulis surat itu dan kepimpinnnya diiktiraf sejak dia masih remaja. Ketika kanak-kanak, Hamza muncul dalam video propaganda sambil memegang senjata api, kata bekas ejen FBI itu.
“Dalam mesej terbarunya, Hamza menyampaikan ucapan yang kelihatan seolah-olah Osama yang berucap, dengan menggunakan ayat serta istilah yang kerap digunakan Osama,” katanya. Hamza merekodkan empat pesanan suara sejak dua tahun lalu menyeru supaya serangan dilakukan terhadap pihak Barat.
“Dia sentiasa menyebut – Rakyat Amerika, kami datang dan anda dapat merasainya. Dan, kami akan membalas dendam terhadap apa yang anda lakukan terhadap bapa saya… Iraq… Afghanistan…segala-galanya adalah dendam,” kata Soufan. Pada Januari lalu, Hamza dikategorikan sebagai pengganas antarabangsa dan disenaraihitamkan oleh antikeganasan AS.
Dalam ucapan 21 minit bertajuk ‘Kami semua Osama’, Hamza turut mengugut untuk membalas dendam terhadap pembunuhan bapanya oleh AS, selain berjanji akan meneruskan perjuangan kumpulan itu.
Enam tahun selepas Osama dibunuh, Soufan berkata, al-Qaeda lebih kuat daripada sebelumnya. – Agensi
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mencuri perhatian selepas memuat naik satu video yang memaparkan Datuk Seri Vida menghidangkan nasi kerabu kepadanya.Menerusi hantaran di Instagram, Fazley menulis ucapan ringkas dan berahsia buat Vida atau
Seorang lelaki berusia 47 tahun meninggal dunia selepas dipercayai mengalami serangan jantung ketika memandu sebelum kereta yang dipandunya hilang kawalan dan terbabas di Kilometer 5.1 Jalan Kota Tinggi-Kluang, awal pagi tadi.Dalam kejadian kira-kira jam
Satu dakwaan mengenai urusan pengebumian jenazah tular selepas ahli keluarga arwah mendakwa proses pengkebumian tertangguh lebih sejam susulan isu berkaitan permit kubur dan perkhidmatan pengurusan jenazah.Menurut sumber ahli keluarga arwah dan pasukan p
Seorang penunggang motosikal maut selepas tercampak kira-kira 30 meter dari sebuah jejambat apabila motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah Proton X50 yang dipercayai hilang kawalan di Kilometer 15.8 Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE), petang semala
Seorang gelandangan warga asing ditahan selepas dipercayai merosakkan sebuah kenderaan milik polis dengan membaling objek keras dalam kejadian di hadapan Hotel Kingston, Jalan Hang Lekiu, kelmarin.Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Nuz
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari unit kediamannya di tingkat 24 sebuah kondominium di Teluk Kumbar, lewat malam tadi.Mangsa ditemukan oleh orang awam di tingkat lima bangunan berkena
Pelakon Zara Zya mendedahkan dia tidak lagi akan menerima sebarang tawaran membawakan watak sebagai penyondol atau orang ketiga selepas menjayakan karakter Dhia dalam drama Luka Di Hujung Setia.Menurut pemilik nama sebenar Zainurul Razia Mohd Zainuddin,
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, enggan mengulas lanjut mengenai perancangan perkahwinannya dengan penyanyi dan pelakon Bella Astillah buat masa ini.Menurut Syed Saddiq, 33, fokus utamanya kini tertumpu kepada keputusan rayuan akhir yan
KUANTAN: Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya membongkar kegiatan melombong mineral bauksit dipercayai diusahakan secara haram hasil serbuan dilakukan di kawasan sebuah ladang kelapa sawit di Felda Bukit Goh di sini pada Khamis.Komander Briged Tenggara Pasuka
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman enggan mengulas lanjut mengenai perancangan perkahwinannya bersama Bella Astillah selagi keputusan rayuan akhir kes membabitkan tuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkata