Wajah Mengelupas Teruk Lepas Guna Produk Tiruan

by Oh! Semput


40
SHARES
524
VIEWS
Posted on 01 Jan 2017 11:00:47


ADUH, muka sendiri pula yang terasa sakit melihatkan gambar seorang remaja perempuan dengan kulit wajahnya seperti ‘terbakar’.

Menerusi perkongsian daripada Haslizan Ramli, dia mendakwa wajah anaknya itu mengalami pengelupasan teruk dipercayai akibat menggunakan produk pelembap aloe vera daripada jenama Nature Republic.

Difahamkan, produk berkenaan dibeli secara online dan tidak mendapat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).



Produk itu berkemungkinan besar adalah sebuah produk tiruan yang mengandungi bahan-bahan palsu menyebabkan radang kulit yang serius.

Perkongsian gambar itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata bimbang untuk menggunakan produk kecantikan sama selepas melihat gambar di atas.


Pun begitu, ada juga netizen lain yang hairan kerana wajah mereka sesuai dan tiada masalah menggunakan produk sama, sekali gus menimbulkan spekulasi mengenai produk digunakan remaja berkenaan adalah produk tiruan yang membahayakan si pemakai.


Apa-apa pun, semoga pengguna lebih berhati-hati semasa memilih produk kesihatan dan kecantikan terutama yang didapati secara online. 





SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts