"Waktu Dia Mengandung Tu Yg Bua Saya Nak Tiap Malam Mana Taknya Sebab Dia Jadi Lebih . . .. ." Wow Selamber Je Akim, Kesian La Dekat Stacy Tu Mengandung..
Penyanyi Akim Ahmad atau Akim mengakui lebih mengidam berbanding isterinya, Stacy atau nama sebenarnya Ummu Shaikhah Stacy Anam, 26, yang kini hamil lima bulan.
Akim atau nama sebenarnya Afiq Akim Ahmad, 25, berkata, dia sebenarnya banyak mengidam pelbagai jenis makanan yang hendak dimakan berbanding dengan isterinya.
"Sebenarnya yang banyak mengidam itu adalah saya kerana kadang-kadang saya menginginkan pelbagai jenis makanan untuk dimakan berbanding dengan Stacy yang tidak kisah untuk memakan apa saja jenis makanan.
"Stacy pun mengikut saja apa yang saya mahu makan sehinggakan dia bertanyakan kepada saya, siapa yang sebenarnya mengandung," katanya kepada Astro Gempak.
Akim mengakui Stacy mengalami perubahan sikap sejak mengandung dan dia tidak menghalang sekiranya isterinya ingin terus bekerja sepanjang tempoh kehamilan ini kerana sedar bahawa hati seorang ibu mengandung amat sensitif.
"Saya sendiri tidak menghalang sekiranya Stacy masih mahu menyanyi dan bekerja ketika mengandung ini kerana tidak mahu Stacy berasa tertekan kalau saya halang dia buat apa yang dia suka.
“Semua orang tahu, hati seorang wanita yang sedang hamil sangat sensitif dan perkara kecil pun boleh buat dia sedih atau tertekan. Jadi, saya perlu menjaga hatinya supaya dia tidak tertekan mahupun terasa dengan perbuatan saya,” jelasnya.
Dalam menjaga hati isteri, menurut Akim, dia harus menjadi seorang yang sabar dan lebih tenang dalam menangani keadaan emosi isterinya yang sering tidak menentu.
Sementara itu, ditanya mengenai jantina anak yang dikandungkan oleh Stacy, Akim berkata, mereka masih belum mengetahui jantina anak mereka meskipun kandungan isterinya telah menjangkau usia lima bulan.
"Sebenarnya ketika usia kandungan Stacy masuk tiga bulan sudah boleh nampak namun bila kami melakukan scan pun tidak nampak juga walaupun kandungannya kini sudah mencecah lima bulan.
"Mungkin bulan ke tujuh atau lapan baru kami akan cuba melakukan scan kembali dan ketika itu kami boleh mengetahui jantina anak itu nanti," katanya.
Akim dan Stacy sah bergelar suami isteri pada 5 Februari lalu dalam majlis yang berlangsung di Hotel Shangri La Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah. Pasangan ini mempunyai seorang anak angkat, Bella Valentina, 5.
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ahli Parlimen Sekijang, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dilantik sebagai Naib Presiden PKR yang baharu.Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pelantikan itu diputuska
Kecoh di Threads apabila tular dakwaan mengatakan pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih, Tapah, Jaslinda Saludin, 49, sudah ditemui.Menerusi perkongsian yang tersebar di media sosial, seorang individu mendakwa berita itu dimaklumkan sendiri ole
JIKA lima tahun lalu anda bertanya kepada ramai anak muda tentang apa yang menggambarkan Kuala Lumpur, jawapannya mungkin tidak jauh berbeza. Pusat beli-belah, kesesakan lalu lintas dan hiburan hujung minggu, itu sahaja mungkin. Bagi sebahagia
Zeekr Intelligent Technology Malaysia Sdn. Bhd. (Zeekr Malaysia) secara rasmi telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bersama Handal Green Mobility Sdn. Bhd. (DC Handal) bagi memperluas kemudahan rangkaian pengecasan Zeekr Power di seluruh nega
Malaysia tidak berdepan sebarang gangguan bekalan minyak meskipun konflik yang berlaku di Asia Barat ketika ini memberi tekanan kepada rantaian bekalan tenaga global.Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, kerajaan memberi keutamaan k
Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong, berkongsi pengalaman menziarahi tokoh ulama Pulau Pinang, Datuk Rosli Othman atau mesra disapa Tok Ayah sempena Aidiladha baru-baru ini.Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau menyifatkan Tok Ay
Semua pusat dan badan penyelidikan kerajaan diwajibkan memberi peluang latihan awal kepada pelajar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bermula bulan depan sebagai usaha memperkukuh pembangunan tenaga mahir negara dalam bidang baharu term
Pengerusi MARA, Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan beliau tidak akan berkompromi terhadap mana-mana peminjam yang culas membayar balik pinjaman pelajaran kerana dana berkenaan merupakan wang amanah rakyat yang perlu dipulangkan untuk manfaat generasi seterusn
Kecoh di Threads apabila tular dakwaan mengatakan pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih, Tapah, Jaslinda Saludin, 49, sudah ditemui.Menerusi perkongsian yang tersebar di media sosial, seorang individu mendakwa berita itu dimaklumkan sendiri ole
Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih, Perak akhirnya ditemui selamat petang ini.Berita penemuan itu sekali gus melegakan ramai pihak selepas kes kehilangan Jaslinda mendapat perhatian me