Wanita Maut Dalam Kemalangan di Jejambat Tanjung Aru

by Oh! Semput


6
SHARES
84
VIEWS
Posted on 02 Dec 2016 10:00:22

Kota Kinabalu: Seorang wanita terbunuh selepas motosikal yang ditunggang bersama suaminya merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di jejambat Tanjung Aru (Tanjung Aru Flyover) pada petang  khamis.

kemalangan-flyover-tanjung-aru

Nur Amani Chin – Ihsan Pembaca

Dalam kejadian sekitar jam 6.35 petang itu, mangsa meninggal dunia dikenali sebagai Nur Amani Chin, 29 tahun yang adalah pembonceng motosikal tersebut manakala suaminya mengalami cedera ringan.

Difahamkan, wanita itu, bekerja sebagai jururawat di sebuah klinik swasta di Lido, sementara suaminya adalah mekanik motorsikal.

Pasangan yang mempunyai tiga orang cahaya mata itu dipercayai dalam perjalanan menuju ke arah Putatan dari pusat bandar untuk pulang ke rumah mereka di Kg Kepayan sebelum merempuh kenderaan pacuan empat roda tersebut.

Pemandu kenderaan berusia 43 tahun memberitahu pada masa kejadian, trafik sangat sesak sebelum sebuah motosikal yang datang dari arah belakang tiba-tiba merempuh belakang kenderaannya menyebabkan kecederaan  dialami pembonceng maut di tempat kejadian.

Pemandu kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Berita selanjutnya akan menyusul

Facebook 1SABAH berkongsi kemalangan yang berlaku petang khamis


SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts