KOTA TINGGI - Kecoh di media sosial apabila seorang wanita telah memuat naik satu status bersama gambar dan video anaknya yang didakwa sedang sakit dan mempunyai pendarahan hidung tanpa henti.
Perkongsian wanita terbabit yang dikenali sebagai Nurin Diana melalui akaun Facebook miliknya dengan menyatakan seperti berikut;
Ya Allah, Sumpah ibu tak larat, ibu dah lelah dik tengok adik. Setiap hari adik pendarahan, ibu penat dik, ibu dah tak kuatt hadapi macam ni. Ya Allah, berilah penawarnya. Aku tak sanggup melihatnya. Ibu tahu adik kuatkan? Adik mesti berjuang ya sayang. Ibu akan cari penawarnya. Biarlah ibu berhabis harta, janji adik sihat. Biarlah orang cakap apa pun. Diorang tak rasa apa yang adik rasakan. Nanti satu hari Tuhan akan turunkan penyakit adik ni dekat dia pulak. Adik, ibu tak kisah pun apa orang nak cakap apa. Yang ibu tahu satu saja. Adik mesti sihat, ibu nak adik sihat saja. Sehingga kini status wanita terbabit iaitu gambar-gambar dan video-video miliknya telah dikongsi oleh netizen lebih dari 17 ribu perkongsian semenjak dimuat naik 7 jam yang lalu.
Rata-rata netizen menyampaikan rasa simpati mereka dan ramai yang meminta nombor akaun bank wanita terbabit bagi tujuan memberikan derma berupa wang tunai. Malah, ada yang bertanya di mana lokasi wanita ini untuk mereka melawat anaknya itu.
Namun, agak mengejutkan apabila beberapa kenyataan dari netizen yang mengatakan wanita ini hanya menipu semata-mata kerana beliau pernah menularkan cerita yang sama sebelum ini. Manakala, darah yang terdapat di wajah anaknya adalah pewarna sahaja. Tujuan dia berbuat demikian hanya untuk meraih simpati orang ramai bagi mendapatkan bantuan yang mudah.
Namun, sehingga kini tiada kesahihan tentang berita ini. Semoga pihak berwajib akan bertindak melakukan sesuatu demi mendapatkan kebenaran sama ada netizen ditipu atau sebaliknya. Sekiranya wanita terbabit di pihak yang benar, maka tidak salah orang ramai memberikan bantuan tetapi biarlah dengan saluran yang betul. -
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menafikan dakwaan bahawa kelewatan urusan pengebumian seorang jenazah di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Hulu Kelang berpunca daripada pihak masjid seperti yang tular di media sosial.Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shah
PETALING JAYA: Kelahiran bayi pada hari ini, 26 Jun 2026, bukan sahaja membawa kegembiraan buat ibu bapa, malah turut mencuri perhatian pengguna media sosial berikutan keunikan kombinasi nombor kad pengenalan (MyKid) yang bakal diterima mereka.Menerusi se
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua calon PH yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor supaya turun mendekati rakyat dengan penuh keikhlasan serta mengutamakan amanah yang diberikan pengundi.Menerusi han
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa portal rasmi KKM kini sedang mengalami gangguan akses yang dipercayai berpunca daripada insiden keselamatan siber.Menurut KKM,
Seramai 125 pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) daripada golongan kurang berkemampuan menerima Bantuan Lestari Siswa Madani melibatkan peruntukan keseluruhan RM62,500 bagi meringankan beban kewangan sepanjang tempoh pengajian.Majlis penyampaian b
Kerajaan MADANI mengumumkan tiga penambahbaikan terhadap pelaksanaan sistem subsidi bersasar BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) bagi memudahkan peralihan menjelang pelaksanaan akses awal program itu yang bermula esok di Semenanjung Malaysia.Kementerian Kew
Seorang guru lelaki berusia 38 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun dalam kejadian yang dipercayai berlaku di daerah Temerloh, Pahang.Ketua Polis Daerah Teme
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menafikan dakwaan bahawa pihak masjid menuntut bayaran RM1,400 daripada waris bagi urusan pengebumian jenazah seorang lelaki di Tanah Perkuburan Ukay Perdana, Ampang.Pengarah JAIS, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata,
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut dalam kemalangan tragis selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta sebelum diseret sejauh kira-kira 50 meter di Jalan Kota BharuKuala Terengganu berhampiran Kampung Bukit Kenak, B
Cubaan dua lelaki yang disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah untuk melarikan diri daripada pemeriksaan polis berakhir dengan kemalangan selepas kereta yang dinaiki mereka merempuh tiga buah kenderaan di Jalan Kuching, petang semalam.Ketua Polis Ku