Wanita Ditemui Mati Dalam Kancil

by Oh! Semput


6
SHARES
84
VIEWS
Posted on 01 Jan 2017 15:00:17


Wanita Ditemui Mati Dalam Kancil di Kg Meruntum, Putatan

Seorang wanita ditemui mati dalam sebuah kereta Perodua Kancil yang diletakkan di hadapan Dewan Serbaguna Kampung Meruntum, di sini, pagi tadi.

Mayat wanita berumur 42 tahun itu ditemui penduduk kampung berkenaan pada jam 8.30 pagi tadi sebelum melaporkannya kepada polis.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Rosley Hobden, berkata penduduk mendakwa terhidu bau busuk dari sebuah kereta sebelum menemui seorang individu terbaring tidak sedarkan diri di tempat duduk pemandu.

Katanya, berdasarkan dokumen pengenalan diri yang ditemui polis, mangsa dikenali sebagai Nuratiqah Abdullah, 42, beralamat di Kampung Nagapas, Papar.

“Kita menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 8.45 pagi. Penduduk mendakwa terhidu bau busuk dari kereta berkenaan sebelum menemui seorang individu terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Sepasukan anggota dari Balai Polis Putatan yang dikejarkan ke lokasi kejadian kemudiannya menjalankan pemeriksaan dan mendapati mangsa sudah meninggal dunia,” katanya.

Beliau berkata, sepasukan anggota Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah kemudian dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan siasatan.

Katanya, siasatan awal menunjukkan tiada unsur jenayah yang boleh dikaitkan denga kematian mangsa. “Mayat mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu untuk bedah siasat dan kita masih menyiasat kes ini bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

“Kami juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung mangsa agar tampil segera membantu siasatan,” katanya sambil menambah kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.- BH Online


LIKE Kami Sekarang
Untuk Terus Mengikuti Berita Pantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts