Wanita Ditemukan Mati Tersepit Dalam Tandas

by Oh! Semput


11
SHARES
149
VIEWS
Posted on 05 Dec 2016 15:00:25

IPOH – Seorang wanita ditemukan mati di dalam tandas di kediamannya di Flat Tambun di sini tengah hari tadi.

Lee Choon Lai, 49, ditemuikan dalam keadaan terbaring dan tersepit antara mangkuk tandas dan dinding bilik air.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt Mohd Nor Rasid berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada seorang jiran mangsa kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

“Polis telah meminta bantuan bomba untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata mangsa yang masih bujang menetap di rumah itu sejak 25 tahun lalu dan tinggal bersendirian sejak kematian ibu bapanya.

Katanya jirannya terhidu bau busuk dari dalam rumah mangsa lalu menghubungi pihak polis.

Mohd Nor berkata mangsa yang merupakan pesakit buah pinggang dan mempunyai masalah kencing manis tahap kritikal sepatutnya mendapat rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun pada 30 Nov lalu, namun dia tidak berbuat demikian.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – BERNAMA

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts