Wanita Islam AS berdepan serangan jenayah benci

by Oh! Semput


3
SHARES
37
VIEWS
Posted on 08 Dec 2016 05:01:00

GAMBAR fail Terminal Grand Central, New York pada Oktober lalu. – Foto AP

WASHINGTON: Dua wanita Islam yang bekerja dengan pihak berkuasa di New York berhadapan serangan berunsurkan jenayah benci selang 36 jam, kata pegawai pada Isnin.

Ini susulan peningkatan kejadian seumpama itu di seluruh Amerika Syarikat (AS) sejak kemenangan Donald Trum pada pilihan raya presiden, baru-baru ini.

Seorang pekerja transit bandar raya yang memakai seragam dibawa ke hospital kerana cedera di lutut dan pergelangan kaki selepas ditolak di tangga di Stesen Grand Central, ketika dalam perjalanan ke tempat kerja pada Isnin.

Seorang suspek lelaki didakwa menolak pekerja stesen berkenaan dan menggelar beliau ‘pengganas’, kata Gabenor New York yang juga ahli parti Demokrat, Andrew Cuomo.

Pada Isnin juga, seorang lagi lelaki dibebaskan dengan ikat jamin AS$50,000 (RM221,000) atas dakwaan melakukan jenayah benci selepas seorang anggota polis wanita Islam diserang di Brooklyn ketika keluar dengan anak lelakinya yang berusia 16 tahun.

Cuomo berkata, kereta api bawah tanah juga menjadi sasaran vandalisme dengan lukisan grafiti swastika dan risalan dan kad perniagaan kumpulan pelampau kulit putih, Ku Klux Klan diedarkan di dua stesen di Long Island Rail Road, minggu lalu.

Cuomo dan Datuk Bandar New York, Bill de Blasio, kedua-duanya pengkritik lantang Trump, berkata jenayah benci akan didakwa dan tidak boleh diterima.

De Blasio mengaitkan bilangan kejadian itu kepada retorik Trump ketika berkempen yang mencaci pendatang, wanita dan umat Islam.

“Adakah saya menyalahkan Donald Trump kerana menggunakan ucapan berunsurkan kebencian ketika kempennya? Ya. Ia fakta.

“Beliau mengeluarkan kenyataan buruk mengenai umat Islam, mengenai penduduk Mexico Amerika,” katanya kepada wartawan.

Polis berkata, jenayah benci meningkat 35 peratus di bandar raya itu berbanding tahun lalu tetapi penangkapan juga bertambah 45 peratus.

Hampir 900 kejadian benci dilaporkan di seluruh negara pada 10 hari pertama selepas pemilihan Trump, kebanyakannya dilakukan penyerang yang berani berikutan kemenangan hartawan itu. – AGENSI

Category: Dunia

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts